Thursday, November 27, 2008

Onar Nombor Lapan: Fabrikasi Dokumen

Onar Nombor Lapan akan mendedahkan tentang bagaimana Annuar Mohd Saffar, dengan keyakinan yang tinggi bahawa ianya tidak akan disemak oleh sesiapa, akan melakukan fabrikasi dokumen.

Ketangkasan Annuar Mohd Saffar bukan sahaja dalam bidang melobi, menukar hal-hal hitam menjadi putih melalui lobi. Annuar Mohd Saffar juga sangat bijak dalam fabrikasi dokumen bagi memutihkan yang hitam.

Tidak kira samada invois, resit, perjanjian atau apa saja, benda yang tidak ada tiba-tiba boleh wujud, atau yang wujud tiba-tiba boleh hilang. Annuar Mohd Saffar telah lama menjalankan aktiviti ini, samada dalam menjalankan operasi menciluk duit ataupun apabila mencipta dokumen bagi menutup jejak songsang beliau selama ini.

Dokumen boleh diwujudkan dan dokumen boleh dihilangkan dengan bantuan pakar beliau yang beliau bawa khas dari Taman Teknologi Malaysia ke Kulim Techno Park.

Annuar Mohd Saffar bukan sahaja pakar mencipta dan menghilangkan dokumen, malah dokumen separa-separa memang kepakaran Annuar Mohd Saffar, satu surat yang “sama” boleh dibuat kepada dua pihak yang berlainan dan membawa maksud yang berlainan. Kerja-kerja sebegini dibuat bagi mencapai hajat beliau dan dalam masa yang sama menipu satu pihak lagi. Jika tidak dibandingkan dokumen-dokumen tersebut, kedua-dua pihak akan tertipu.

Oleh itu, selagi Annuar Mohd Saffar boleh bergerak bebas dan mempunyai kuasa, beliau boleh mengubah yang hitam menjadi putih dan putih menjadi hitam mengikut kehendaknya.

Bukti-bukti boleh disemak secara terperinci dalam dokumen-dokumen perjanjian dengan “pemberi pinjaman”, Kementerian Pembangunan Usahawan, Invois-invois dari syarikat pembekal dan juga dokumen serahan tender. Semakan setakat membaca tidak mungkin mencukupi bagi mengesan kecurangan Annuar Mohd Saffar.

Semakan perlu dibuat dengan membandingkan semua salinan dokumen-dokumen yang ada pada semua pihak, juga bandingkan kesahihan tandatangan, kepala surat dan juga temuduga dengan pihak pengeluar dokumen terbabit. Tiada apa yang mustahil, malahan “mesin photocopy” Annuar Mohd Saffar juga boleh menghasilkan dokumen yang berlainan dari dokumen asal.

Jika tidak dilakukan secara terperinci dan sudah membuat anggapan awal bahawa dokumen terbabit adalah benar, adalah lebih baik dilupakan sahaja onar ini kerana modus operandi Annuar Mohd Saffar amat bergantung kepada prinsip tiada semakan terperinci. Semakan biasa akan hanya memperputihkan lagi aktiviti Annuar Mohd Saffar.

Kelicikan Annuar Mohd Saffar inilah yang menyebabkan bekas bos beliau di Taman Teknologi Malaysia menyifatkan beliau sebagai “headache” kerana tidak dapat menemui kecurangan beliau walaupun tahu beliau sentiasa menyebabkan masalah kepada organisasi.

Nantikan Onar Seterusnya.. jangan under estimate Annuar Mohd Saffar, dan sangka itu saja yang Annuar Mohd Saffar mampu lakukan

Wednesday, November 5, 2008

Snippets: Such a good thing is not meant to last

Bayaran RM800,000.00 , invoice pun tiada.

Bayangkan sebuah anak syarikat kerajaan negeri Kedah, iaitu KTMSB membuat bayaran dalam bentuk cek yang dipecahkan kepada RM50,000.00 setiap satu berjumlah RM800,000.00.

Bayaran yang dibuat tidak mempunyai invois atau dokumen berkaitan pun untuk dibuat pembayaran. Jadi apa tujuan pembayaran dan kenapa ianya distruktur sebegitu rupa? Adakah mungkin dokumen berkaitan pembayaran sebesar hampir satu juta ringgit boleh hilang?

Apa sudah jadi? Gila apa dengan pentadbiran KTMSB dibawah Annuar Mohd Saffar?

Tapi jangan hairan kalau orang tua-tua kata dunia sudah mahu kiamat sebab banyak benda pelik berlaku.

Apa tak peliknya, orang yang membuat pembayaran mencurigakan sebanyak berjuta-juta ringgit dan mentadbir anak syarikat kerajaan dengan begitu misteri, kini dinaikkan pangkat lagi.

Siapa yang boleh menafikan bahawa anak syarikat kerajaan negeri Kedah, iaitu Kulim Technology Management Sdn Bhd dibawah Pengarah Eksekutif, Annuar Mohd Saffar telah membuat pembayaran secara misteri tanpa dokumen sokongan sebanyak RM800,000.00 kepada Asian Autotech Sdn. Bhd.?

Annuar Mohd Saffar kini telah dinaikkan pangkat kepada Naib Presiden di Kulim Techno Park. Tahniah diucapkan, jika benar beliau sudah naik pangkat. Diharap nikmat tuhan sebegini digunakan untuk menginsafkan diri, jika tidak, jadilah anda orang-orang yang rugi.

Walaubagaimana pun ingatlah, SUCH A GOOD THING IS NOT MEANT TO LAST…

Friday, October 10, 2008

Onar Nombor Tujuh - Petty, Petty, Petty.. For What?

Salam Syawal,
Kami memohon maaf kerana agak lama tidak mengemaskini blog ini memandangkan musim perayaan yang agak panjang.

Sebelum memulakan Onar Nombor Tujuh, kami ingin menyampai dedikasi salam raya kepada Annuar Mohd Saffar, yang ditujukan oleh beberapa kakitangan KTMSB melalu email mereka kepada kami. Kata mereka, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Dengan ucapan, “duit zakat kami dah setel ke belum?”

Onar Nombor Tujuh – Pengeluaran Tunai Yang Besar
Pengeluaran Tunai KTMSB adalah sangat besar dan sangat mencurigakan. Bayangkan sebuah syarikat yang hanya membuat untung kurang dari RM20,000.00 setahun mempunyai transaksi pengeluaran TUNAI yang amat besar, untuk tahun 2007 sahaja, pengeluaran TUNAI adalah:
Feb 2007 RM16400
April 2007 RM30,400
Mei 2007 RM35,000
Jun 2007 RM33,200
Julai 2007 RM119,200
Ogos 2007 RM30,000
Sept 2007 RM12,800
Okt 2007 RM10,900
November RM37,000

Jumlah RM327,000 dalam masa 10 bulan????!!!!!

Kenapa bayaran tunai yang begitu besar? Sedangkan syarikat-syarikat lain cuba mengelakkan bayaran tunai, melainkan terpaksa dengan diadakan petty cash, kenapa pentadbiran Annuar Mohd Saffar melakukan tansaksi TUNAI yang sebegitu besar berbanding dengan saiz syarikat?

Kami tidak mahu membuat apa-apa kesimpulan tentang “trajedi” ini, tapi jika pihak atasan terbabit mempunyai sedikit asas dalam pentadbiran, perkara ini sudah tentunya perlu disiasat kelubang cacing.

Jika tidak tahu, kini kami ini sudah membentangkan, laluan sudah dibuka, jadi jika tidak dilaksanakan siasatan, apa guna amanah yang diberikan oleh rakyat? Adakah hanya untuk kepentingan diri? Bagaimana hak rakyat yang perlu anda lindungi?

Mungkin rakyat tidak tahu, tapi bolehkah anda, pihak pengurusan atasan Kulim Techno Park memperbodohkan Allah? Tidak yakinkah dihati kamu bahawa kamu akan berjumpaNya di kemudian hari, sebagaimana sering diucapkan dibibir?

……Janganlah kamu mengira kamu sudah beriman, sehingga kamu diuji…….

Monday, September 15, 2008

SNIPPETS

1. Pada ketika ini, Teknologam berhutang dengan KTMSB sebanyak lebih kurang RM200,000. Tetapi KTMSB pula sangat setia membayar hutangnya kepada Teknologam sehingga terlajak. Padahal KTMSB boleh “kontra” jika KTMSB berhutang dengan Teknologam sekalipun. Soalannya, kenapa?

2. Apa sudah jadi dengan pengurusan Kulim Techno Park, dengar ceritanya Annuar Mohd Saffar sudah dilantik menjadi orang penting di Kulim Techno Park. Annuar Mohd Saffar ini dulu telah di singkirkan secara halus oleh pentadbiran terdahulu, tentulah ada sebabnya. Kalau hendak kitar semula pun janganlah dikitar sisa nuklear, nanti makan tuan. Tak payah buat apa-apa anggapan samada Annuar Mohd Saffar ini jujur atau tidak. Pergi semak saja dengan rekod-rekod yang ada, adakah semua yang dinyatakan di blog ini tidak benar?

Thursday, September 11, 2008

Onar Nombor Enam - Haji Penghalang Zakat

KTMSB dibawah tadbiran Tuan HAJI Annuar Mohd Saffar juga melarikan duit zakat dari yang berhak? Wang potongan gaji untuk membayar zakat tidak disampaikan kepada yang berhak iaitu Pejabat Zakat Kulim. Pekerja-pekerja telah membayar zakat mereka melalui KTMSB, jadi kewajipan mereka telah mereka tunaikan. Tetapi KTMSB mengambil duit itu dan tidak membayar kepada pejabat zakat.

Duit zakat itu sebenarnya bukan duit kita, duit itu duit fakir miskin, duit untuk mereka yang berjihad kepada jalan Allah, dan pelbagai asnaf zakat yang lain. Jika tidak disampaikan, itu adalah satu pecah amanah. Ini rukun Islam wahai Annuar Mohd Saffar. Zakat pula perlu ditunaikan mengikut masanya, bukan boleh dibayar ikut suka hati kita, apatah lagi menahan duit zakat orang lain sehingga bertahun lamanya.

Adakah Annuar Mohd Saffar terlupa? Lamanya beliau terlupa, sejak April 2006 lagi KTMSB menyimpan duit zakat yang dibayar oleh kakitangannya yang sepatutnya dibayar kepada Pejabat Zakat Kulim.

Berapa ramai mereka yang akhirnya gagal menyampaikan zakat mereka kerana Annuar Mohd Saffar?Jika disuruh meneka, kami akan meneka bahawa duit potongan zakat SEMUA kakitangan yang membuat pembayaran melalui syarikat telah dilarikan dari asnafnya.

Tapi kalau disemak balik onar yang terdahulu, pada masa-masa tersebut Annuar Mohd Saffar tidak lupa membayar kepada Teknologam sampai RM1.3 juta, sedangkan duit zakat orang lain tidak dibayar. Maksudnya KTMSB mempunyai wang untuk membayar zakat tersebut, tetapi urusan membayar Teknologam lebih utama.

Maklumat terbaru yang kami terima melalui email adalah rungutan daripada kakitangan KTMSB yang mula menyedari tentang wang zakat mereka yang sudah dilarikan oleh Annuar Mohd Saffar. Diberitakan berpuluh-puluh kakitangan KTMSB sudah menyemak dan mendapati zakat mereka tidak disampaikan kepada Pejabat Zakat Kulim. Berapa banyak duit zakat orang yang Annuar Mohd Saffar larikan dari asnafnya?

Kalaulah ada kakitangan KTMSB terbabit melaporkan kepada pihak berkuasa atau pengurusan tertinggi Kulim Techno Park, mampukah Annuar Mohd Saffar menepis kali ini. Tambahan pula, baru-baru ini, Menteri Besar Kedah telah memberi lampu hijau untuk BPR mendakwa mana-mana Ketua Eksekutif GLC yang terbabit dengan rasuah dan pecah amanah.

Wednesday, September 3, 2008

Penutup Onar Nombor Tiga

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Selamat Berpuasa, semoga dengan datangnya bulan Ramadhan ini dapat menginsafkan kita semua, dan menjadikan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.

Maaf kerana mengambil masa yang agak panjang untuk membongkar onar Annuar Mohd Saffar, maklumlah, sibuk dengan kempen PRK Permatang Pauh, juga dengan Sambutan kemerdekaan dan terbaru, menyambut Awal Ramadhan.

Tahniah Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Orang nama Anwar ni bijak-bijak belaka, macam-macam skil yang mereka ada. Tapi kalau di Kedah, Annuar Mohd Saffar adalah jagoannya.

Kami ingin menutup satu babak onar oleh Annuar Mohd Saffar dengan laporan lengkap tentang onar “misteri cek terpecah”.

Ingat kembali bahawa pinjaman yang dibuat kepada Pelanggan KTMSB adalah sebanyak RM1.3 juta? Rujuk Email dari seorang pengurus jabatan kepada jabatan lain dalam KTMSB tentang kerisauan beliau untuk membayar hutan KTMSB

Bayaran sembilan keping cek yang dinyatakan sebelum ini tentulah tidak cukup.

Jadi kami ingin mendedahkan semua cek yang dikeluarkan dengan tiada etika dan sengaja mengelak dari pengetahuan Lembaga Pengarah.

Cek-Cek tersebut adalah dari KTMSB melalui Maybank bernombor akaun:
502-111-000-xx1.
(Kalau anda mahu perincian, minta dari Maybank, cawangan mana? Pengawai mana mana Maybank boleh memberitahu anda Bank Cawangan mana melalui 3 nombor pertama akaun tersebut), apa yang kami ingin nyatakan disini adalah kami mempunyai maklumat LENGKAP, bukan sekadar meneka.

Cek-cek tersebut adalah seperti berikut:

3 Julai 2007 163107 RM50,000.00
163110 RM48,118.43
163109 RM50,000.00
163103 RM50,000.00
163102 RM50,000.00
163104 RM50,000.00
163105 RM50,000.00
163108 RM50,000.00
163106 RM50,000.00

6 Jun 2007 149931 RM50,000.00
149930 RM50,000.00
149929 RM50,000.00
158628 RM50,000.00
158629 RM50,000.00
158636 RM50,000.00
158638 RM50,000.00
158635 RM50,000.00
158634 RM50,000.00
158637 RM50,000.00
158633 RM50,000.00
158632 RM50,000.00

11 Mei 2007 149898 RM50,000.00
149923 RM50,000.00
149924 RM50,000.00
149922 RM50,000.00
149925 RM50,000.00

Jumlah bayaran : RM1298118.43

Bayaran dibuat pada hanya tiga tarikh sahaja dan kepada satu penerima sahaja, tetapi dibuat dalam 26 keping cek yang tidak melebihi RM50,000.00.

Bolehkah bayaran sebegini dibuat? Salah atau tidak?

Boleh dibuat dan tak salah, ianya bergantung kepada pemilikan syarkat tersebut. Jika BAPA anda yang punya atau ANDA SENDIRI yang empunya syarikat, memang dibolehkan dan tak salah.

Tapi KTMSB adalah syarikat milik kerajaan, dan Annuar Mohd Saffar TIDAK mempunyai saham walau satu sen pun dalam syarikat tersebut. Maka perbuatan Annuar Mohd Saffar adalah jelas salah dan boleh didakwa.

Anwar Mohd Saffar sebenarnya telah diberi amaran oleh lembaga pengarah tentang kecurangan beliau dalam meguruskan wang syarikat, perbuatan beliau yang meminjam dari “pelanggan” dan juga membayar kembali dengan cek terpecah dengan tujuan melindungi bayaran adalah satu kesalahan bukan saja dari polisi syarikat, malah salah dari segi undang-undang.

Namun Annuar Mohd Saffar buat-buat tidak faham, kalau Jepun, demi maruah sudah tentu hara-kiri jawapannya. Tapi orang begini ada kah maruahnya?

Jadi jangan hairan jika beliau tidak lagi malu untuk menggunakan segala “contact” yang boleh bagi melobi ahli lembaga pengarah hingga ke pengerusi Kulim Techno Park pula, kerana diberitakan Lembaga pengarah Kulim techno Park adalah ramai orang baru, oleh itu senang di”tipu”, maka dapatlah jawatan baru di Kulim Techno Park.

Walaupun Pengurusan Kulim Techno Park bukanlah senaif itu, namun kita kena juga jangka benda yang diluar jangka.

Kepada pengurusan Kulim Techno Park, Annuar Mohd Saffar akan alihkan tumpuan anda kepada siapa yang menulis blog ini, seperti kanak-kanak yang menangis diumpan gula-gula. Anda akan melupakan semua hal yang dituliskan disini, sebaliknya hanya menumpukan kepada gula-gula yang Annuar Mohd Saffar berikan, iaitu siapa penulis blog ini.

Annuar Mohd Saffar sebenarnya sudah ‘underestimate” pengurusan Kulim Techno Park, beliau tidak sedar bahawa jika Pengurusan Kulim Tech Park tahu apa yang beliau buat, mereka tidak akan lepaskan beliau. Mereka ini semua insan beramanah, cuma mungkin kurang pengalaman, dan Annuar Mohd Saffar fikir beliau boleh menunggang mereka… Selamat Maju Jaya…


Dengan ini, tamatlah onar “bertajuk Misteri Cek Terpecah”
****************************************************************************************************

Monday, August 25, 2008

Snippets

Jawatan Baru..
Ada angin mengatakan mengatakan bahawa seorang COO akan dilantik ke Kulim Techno Park, dan orang ini merupakan bekas kakitangan KTMSB yang pernah ditahan gajinya oleh Pengarah Eksekutif (Lama). Beliau merupakan orang penyokong kuat Pakatan Rakyat.

Hal ini hanya dapat disahkan selepas mesyuarat lembaga pengarah Kulim Techno park yang dengarnya akan diadakan dalam masa terdekat.

Jika benar, kita ucapkan tahniah dan selamat kembali berjumpa dengan kawan-kawan dan bekas bos lama.


Cek Terpecah Sambungan..
Kita akan mendedahkan juga cek-cek terpecah pada bulan Jun 2007 dan Mei 2007, selain cek-cek yang didedahkan bagi bulan Julai 2007 sebelum ini dalam misteri cek terpecah.Tapi seperti biasa, tidak ada pengurusan didunia yang dapat menjelaskan bagaimana cek-cek bayaran dibuat dalam jumlah RM50,000 setiap satu dalam pada tarikh yang sama dan juga kepada penerima yang sama.


Ini boleh digunakan kepada mana-mana syarikat sebagai CV untuk Annuar Mohd Saffar diambil sebagai pengurusan.

Onar Seterusnya Akan disambung dalam sebaik saja keputusan pilihanraya permatang pauh diketahui. harap bersabar..

Wednesday, August 20, 2008

Onar nombor Lima – Fine Blanking Machine dan Teknik Melanun Terpuji

Salam sejahtera..

Pembaca pastinya sibuk dengan Anwar Ibrahim dan Permatang Pauh pada ketika ini. Tapi apa kurangnya Annuar Mohd Saffar.

Kali ini kami ingin memberi pembayang kepada satu lagi onar yang dibuat oleh Annuar Mohd Saffar.

Ini berkaitan projek pembelian mesin penghasilan produk logam di Technology Park Malaysia. Salah satunya ialah pembelian mesin “Fine Blanking” di Technology Park Malaysia.

Rekodnya akan kelihatan bersih jika tidak dianalisa sepenuhnya. Kami tidak ingin mendedahkan secara terperinci tentang jumlah dan teknik yang digunakan spesifik kepada pembelian mesin tersebut.

Tetapi kami ingin memberi bayangan bagaimana ia boleh dimanipulasi dan jika siasatan hendak dibuat, bolehlah menyemak menggunakan modus operandi yang akan diterangkan dibawah.

Dibawah ini diberikan sebagai contoh sahaja untuk memudahkan siasatan dibuat, jadi perincian bolehlah disemak dalam rekod penilaian tender bagi mesin tersebut. Tentang nasib salah satu mesin tersebut, sudah dijelaskan oleh seorang komentator didalam onar nombor empat sebelum ini.

Bayangkan satu tender terbuka dikeluarkan untuk menjemput penender membida harga-harga pembekalan mesin.

Harga Mesin mengikut bajet RM3 juta.

Syarikat yang menyertai adalah 10 syarikat

Syarikat 1 : RM1.9 Juta
Syarikat 2 : RM2.4 Juta
Syarikat 3 : RM2.8 Juta
Syarikat 4 : RM3.1 Juta
Syarikat 5 : RM3.6 Juta
Syarikat 6 : RM4.0 Juta – Syarikat yang bersekongkol dengan suspek
Syarikat 7 : RM4.2 Juta
Syarikat 8 : RM4.2 Juta - Syarikat dummy yang bersekongkol dengan suspek
Syarikat 9 : RM4.4 Juta - Syarikat dummy yang bersekongkol dengan suspek
Syarikat 10 : RM4.4Juta - Syarikat dummy yang bersekongkol dengan suspek


Syarikat 1 hingga syarikat 5 yang harganya lebih rendah daripada syarikat 6 akan lucutkan kelayakan pada peringkat awal lagi, iaitu pada peringkat pra-kelayakan (pre-qualification).

Syarat-syarat pra-kelayakan adalah syarat-syarat yang tidak munasabah atau sengaja diadakan bagi memastikan syarikat tersebut dibuang dari senarai pada peringkat awal.Walaubagaimanapun syarikat yg bersekongkong akan memenuhi syarat ini yg sengaja dibuat supaya kelihatan ringan tetapi adalah syarat pra-kelayakan yang mana penender tidak tahu langsung.

Ini dibuat dengan mudah kerana pembuat onar atau ajennya juga juga adalah pembuat spesifikasi tender.

Syarikat 6 hingga 10 sahaja akan dimasukkan dalam penilaian yang dihantar untuk diluluskan oleh kementerian (Kebanyakan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Pembangunan Koperasi).

Laporan yang akan masuk adalah

Syarikat 6 : RM4.0 Juta
Syarikat 7 : RM4.2 Juta
Syarikat 8 : RM4.2 Juta
Syarikat 9 : RM4.4 Juta
Syarikat 10 : RM4.4Juta

Dan penender yang terendah adalah penender 6 yang menender pada harga RM4 juta, maka akan dicadangkan untuk dilantik.

Kenapa perlu syarikat dummy?Untuk memaksimumkan harga anugerah. Syarikat dummy diperlukan untuk meletakkan harga jauh lebih tinggi supaya harga pemenang anugerah juga jauh lebih tinggi dari bajet tender asal, dan kelihatan masih rendah kerana kebanyakkan penender yang dinilai keperingkat akhir adalah jauh lebih tinggi.

Laporan tender juga sangat bersih, iaitu penender terendah (terendah sebenar sudah dibuang) dianugerahkan projek, dan Annuar Mohd Saffar sudah melakukan penilaian tender yang sangat baik kerana mendapat bekalan mesin dengan harga yang rendah.

Padahal beberapa penender yang lebih rendah dan menjimatkan berjuta duit rakyat telah dicantas awal oleh jawatankuasa tender. Penender-penender yang rendah ini akan hanya sampai pada senarai nama, harga jika dimasukkan dibuat supaya tidak kelihatan penting kerana syarikat ini telah dicantas dari awal.

Licik atau tidak?

Oleh itu, jika BPR atau pihak berkuasa mahu siasat, maka siasatlah dahulu semua penender yang masuk membida dari awal,bagaimana mereka dicantas dari awal supaya dalam laporan kelihatan penender terendah yang mendapat projek (padahal sebenarnya yang mendapat projek bukan penender terendah) Jangan baca laporan tender yang sudah siap sahaja, anda tidak akan jumpa apa-apa. Baca sekali dokumen serahan tender bagi semua syarikat.

Jika tidak, tiada siapa akan dapat mengesan apa-apa. Maka sebab itulah Annuar Mohd Saffar dianggap sebagai penyakit di TPM, namun TPM tidak tahu bagaimana penyakit itu boleh terjadi kerana cap-jari kerja Annuar tidak kelihatan dengan nyata, malah dilindungi dengan baik, sehinggakan beliau kelihatan perlu dipuji pula.

Itulah modus operandi Annuar Mohd Saffar.

Dan jangan lupa, Annuar Mohd Saffar kuat melobi, maka sebelum sesiapa dapat mulakan siasatan, siasatan akan terhenti oleh kerja lobi dan lobi beliau.

Beliau sentiasa gambarkan beliau banyak jasa dan bijak mendapatkan projek bagi syarikat atau negeri, padahal beliau banyak mengambil kredit orang lain.


Nota:
1. Oleh kerana komen-komen disini tidak ditapis, maka kami tidak bertanggungjawab terhadap kebenaran atau kepalsuan komen tersebut.
2. Kepada tok janggut:
Annuar Mohd Saffar orang yang berpengaruh dalam syarikat dan juga di kementerian hasil dari kerja lobo melobi beliau, kami tidak tahu berapa ramai kawan-kawan yang bersekongkol dengan beliau. Jadi cara terbaik ialah dengan menulis diblog ini, perbuatan beliau dapat didedahkan, dan beliau tidak mampu menutup mulut kami.

3. Kami sudah dedahkan sekian banyak, apa kata tok janggut sebagai orang yang bertanggungjawab, menyumbang sedikit sahaja lagi dengan melaporkan kewujudan blog ini kepada pihak berkuasa.

4. Oleh kerana contoh di atas adalah modus operandi, ini berkemungkinan besar juga cara yang digunakan di Kulim Techno Park. Kemungkinan besar bermakna penelitian sedang dibuat untuk mengesahkan kewujudan cap jari Annuar Mohd Saffar.Terdapat tanda-tanda modus operandi tersebut juga dilaksanakan di Kulim Techno Park.Apabila disahkan oleh sumber kami, ianya akan didedah. Mungkin dalam masa yang terdekat iaitu Onar Nombor Enam.

Tujuan kami untuk melindungi duit rakyat akan tercapai jika BPR atau pihak berkuasa benar-benar berusaha mahu menangkap lanun-lanun harta rakyat. Identiti kami juga terlindung. Segala kelicikan beliau dapat diatasi dengan panduan melalui blog ini, dan jika perlu boleh email untuk bukti.

Saksi tidak perlu kerana BPR boleh menyiasat dokumen-dokumen yang dinyatakan didalam blog ini. Bukti paling segar dan baru ialah 9 keping cek yang dikeluarkan kepada Teknologam. Apa alasan beliau mengeluarkan pembayaran dalam beberapa keping cek untuk penerima yang sama dan dalam waktu yang sama? Kenapa tidak bayar dalam sekeping cek sahaja?

Ignorance is not an excuse,tapi jaga-jaga sebab Annuar can go as low as saying that dia tak tahu bahawa cek tidak boleh dipecah-pecahkan. Dia juga boleh katakana bahawa dia hanya menandatangi sahaja sebab percaya kepada pihak akaun yang sediakan cek tersebut. Dia juga boleh beri macam-macam lagi alasan, dan biasanya orang yang hendak menyiasat atau mempersoalkan tindakan beliau akan hanyut begitu saja.

Oleh itu, kami nasihatkan kepada kakitangan yang masih bersekongkol dengan beliau agar berhenti dari kerja-kerja jahat anda kerana bersubahat itu lebih besar dosanya dari orang yang melakukan.

Jumpa lagi di Onar Nombor Enam…

Sejahtera Malaysia..

Wednesday, August 13, 2008

Onar Nombor Empat

Salam sejahtera,
Anda tentu telah membaca Onar Nombor Tiga yang diposkan pada 1 Ogos yang lalu. Dimana misteri cek terpecah telah membawakan kepada kepada pembaca cerita bagaimana Annuar Mohd Saffar membuat maneuver atau pergerakan licik untuk mengelirukan ahli-ahli lembaga pengarah KTMSB tentang pembayaran cek yang sebenarnya memerlukan kelulusan ahli lembaga pengarah.

Cek-cek tersebut telah dibayar kepada satu syarikat yang juga merupakan pelanggan KTMSB iaitu Teknologam Sdn. Bhd.

Kenapakah Annuar Mohd Saffar sanggup mengambil risiko yang sangat besar memanipulasi prosedur pembayaran untuk membayar kepada pelanggan KTMSB?

Kenapa beliau tidak berusaha segigih itu untuk membayar caruman EPF sehingga KTMSB disaman KWSP kerana tidak menjelaskan caruman pekerjanya? Kenapa beliau tidak segigih itu apabila membayar gaji kakitangan KTMSB sendiri sehingga sering lewat?

Apakah yang lebih penting bagi seorang Pengarah Eksekutif sebuah syarikat, kebajikan kakitangan syarikat atau ancaman saman terhadap syarikat? Jika hal-hal sebegini tidak mendatang masalah atau menjadi beban kepada beliau untuk diselesaikan, maka tentulah pembayaran kepada Teknologam mempunyai kepentingan yang lebih besar.

Apakah kepentingan Teknologam kepada Annuar Mohd Saffar? Mengapa Teknologam sanggup memberi pinjaman kepada KTMSB? Apakah cagarannya? Berapa banyak sebenarnya bayaran balik kepada Teknologam?

Anda tentu membayangkan Annuar Mohd Saffar membuat pembayaran kepada Teknologam sebanyak hampir setengah juta sahaja bukan? Ini berdasarkan 9 keping cek tersebut. Jadi apa sudah jadi dengan RM1.3 juta yang telah dinyatakan pada Onar Nombor satu, seperti email kepada semua ketua jabatan (HOD) itu bukan.

Sebenarnya pembayaran dibuat adalah sesuai dengan jumlah RM1.3 juta tersebut, bagaimana beliau melakukannya akan diceritakan kemudian, termasuklah jumlah yang dibayar sebagai faedah kepada hutang tersebut.

Berbalik kepada kepentingan Teknolgam kepada Annuar, beliau menggunakan proksi untuk memegang sahamnya dalam Teknologam. Jadi duit pinjaman Teknologam kepada KTMSB adalah duit siapa?

Jadi sudah tentu anda sudah dapat menghubungkan sebab musabab kenapa Teknologam dengan mudah memberi pinjaman kepada KTMSB yang tenat. Dua burung ditembak dengan satu peluru. KTMSB dapat terus hidup dan Annuar Mohd Saffar tidak dicela oleh Lembaga pengarah dan dalam masa yang sama, faedah pinjaman yang dibayar kepada Teknologam dapat kepada siapa? …..Betulll…Bijak..tepat tekaan anda.

Maaf tiada hadiah sebab soalan terlalu mudah.

Sebab itulah Annuar Mohd Saffar hendak membuat pembayaran balik kepada Teknologam, sebab ada kepetingannya. Sedangkan KTMSB banyak berhutang kepada vendor-vendornya yang telah menyebabkan gangguan terhadap perniagaan KTMSB kerana vendor tidak lagi mahu berurus niaga dengan KTMSB.

Ini juga sebenarnya telah mencematkan imej Syarikat Induk, Kulim Technopark Corporation dimata peniaga. Pencemaran imej ini walaupun sangat buruk tidak pun disedari oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kulim Techno Park Corporation.

Lagipun, Ketua Pegawai Eksekutif Kulim Technopark Corporation terlalu sibuk dengan urusan syarikat induk sehingga beliau tidak sedar KTMSB hanyalah dalam mode auto pilot sahaja.

Dari mana beliau mendapat wang yang sebegitu banyak sehingga berjuta ringgit, untuk dilaburkan disana sini termasuk di Teknologam? Kalau sudah lama menjadi Pengarah Eksekutif dan simpan duit gaji tidak mengapa. Berapa gaji Pengarah Eksekutif KTMSB? terlalu kecil.

Tapi kita akan buktikan bagaimana Annuar menyalahgunakan kedudukannya untuk mempengaruhi keputusan bagi mendapat keuntungan peribadi. Tapi jangan terkejut kerana Kulim Hitech bukanlah yang pertama.

Teknologi Park Malaysia..itulah tempatnya. Panjang ceritanya. Pambayangnya ialah “tender pembelian mesin”… Tahun “dari 1999 ke belakang”


Tunggu nanti kita akan dedahkan bagaimana Annuar Mohd Saffar memanipulasi harga mesin sehingga kepada harga yang tidak munasabah bagi memaksimakan duit yang boleh diperah dari kontraktor-kontraktor.

Tentu Annuar Mohd Saffar ingat kepada kawan-kawannya. Kawan-kawan yang beliau tidak bagi kuah pun bila masa mengutip hasil, antaranya ialah seorang kawan yang mempunyai nama yang serupa, tapi tak sama.

Kalau tak sabar, terutama Pihak berkuasa, buka balik fail pembalian mesin di Teknologi Park Malaysia. Cuma pesan kami, baca secara terperinci, walaupun satu ayat. Jika mahukan panduan, emailkan kepada annuarmohdsaffar@gmail.com.


Misteri Annuar lupa kawan walaupun yang serupa nama juga akan dibongkar, tapi itu bukan keutamaan kerana keutamaan sekarang ialah bagaimana manangkap lanun harta rakyat.

Ingat… ada 13 onar yang akan didedahkan sebelum blog ini ditinggalkan…

Sesiapa yang berminat untuk mengemailkan pautan ini kepada pihak berkuasa, dipersilakan.

Tugas kami hanyalah untuk mendedahkan kunci-kunci bagi memudahkan pihak berkuasa membuat siasatan. Kami mampu memberi panduan yang lebih terperinci, tetapi kami percaya dengan pembayang yang sebegini pun sudah cukup untuk membawa Annuar Mohd Saffar ke muka pengadilan.

Blog ini tiada hasrat untuk menfitnah sesiapa, jika Annuar tidak bersalah, tidak perlu takut. Tapi fikirlah, adakah mungkin kami dapat menyusun atur konspirasi yang sebegitu hebat terhadap Annuar Mohd Saffar, melainkan semua itu adalah cap jari yang ditinggalkan semasa beliau melaksanakan jenayah beliau.


Fakta Penting:
1. KTMSB pinjam dari pelanggan RM1.3 juta. Mudahnya!
2. 9 cek bayaran telah disahkan tidak disediakan mengikut prosedur. Kenapa!
3. Bayaran berserta faedah kepada Teknlogam dalam keadaan KTMSB nyawa-nyawa ikan. Siapa Untung!
4. Duit pelaburan dalam Teknologam dan banyak lagi harta datang dari mana!
5. Kepakaran Annuar Mohd Saffar – Manipulasi system dan prosedur tender

Jumpa lagi di Onar nombor 5….

Sejahtera Malaysia…

Monday, August 11, 2008

Ingatlah pada Bangsa dan Negara Anda

Onar seterusnya akan disiarkan tidak lama lagi. Sumber-sumber sedang bekerja keras untuk menyahihkan beberapa maklumat kerana blog ini hanya akan menyiarkan berita-berita yang dipercayai sahih sahaja.

Sementara itu, Annuar Mohd Saffar bolehlah cuba untuk memberhentikan aktiviti rasuah anda. Jangan sampai mendapat hukuman berat, sedangkan yang telah dibuat pun tak tertanggung lagi. Atau anda fikirkan yang semua hukuman akan berjalan serentak?

Jangan terlalu berani, jerat tidak pernah lupakan pelanduk.

Sesungguhnya perbuatan yang salah, jika dibuat setiap hari, anda tdak lagi merasakan ianya satu kesalahan. Nilai hidup anda sudah tidak boleh menentukan yang mana buruk dan yang mana baik.

Ingatkan anda pada bangsa dan agama anda, atau negara anda? Apakah ini balasan kepada budi yang telah anda dapat sehingga anda diberikan kemudahan sehingga dapat belajar diluar negara?

Generasi ini dan akan datang akan menyumpah anda ika mereka tahu apa yang anda lakukan.

Saturday, August 2, 2008

Onar Nombor Tiga – Misteri Cek Terpecah

Annuar Mohd Saffar telah memecahkan nilai cek kepada 8 keping cek bernilai RM50,000.00 setiap dan satu keping cek bernilai RM48,000 dibayar kepada satu syarikat yang sama dalam masa yang sama? Semua sembilan cek tersebut dijelaskan pada hari yang sama, jadi tidak ada justifikasi untuk pembayaran progress.

Apakah salah Annuar? Sekadar menambah jumlah cek yang bernilai tidak sampai seringgit sekeping?Tentulah tidak.

Cek itu dibuat dengan pecahan sebegitu rupa supaya ia dapat disembunyikan dari pengetahuan Ahli Lembaga Pengarah. Ini kerana jumlah nilai cek sehingga RM50,000 boleh ditandatngani beliau tanpa dimaklumkan sepenuhnya kepada ahli lembaga pengarah.

Ini bukan dakwaan penulis, ini ditemui oleh PWC, audit bertauliah.

Patutlah diberitakan dari sumber dalaman beliau mengamuk dan cuba menghalang PWC melaksanakan audit pada tahun tersebut.

Tapi jangan lupa pelajaran sebelum ini: Apa sifat Annuar?

Ya, dia pandai melobi. Nanti pengerusi baru KTMSB pun tidak akan tergamak mengambil tindakan. Samada dia akan ajak ikut lawatan keluar Negara atau akan diajak barbeque, atau jumpa direstoran-restoran hebat. Isu kesalahan beliau akan lenyap bagitu saja, bos pun kena jual dengan trip keluar negara atau makan-makan, apa nak harap sesiapa boleh ambil tindakan.

Kepada YB Zulkifli Nordin, jangan lupa ratib yang ni “lobi lobi lobi……” bila dia jumpa, focus kepada isu, barulah YB tahu siapa yang membuat onar. Tak payahlah nak membangkang Umno saja, sekarang dah diberi amanah, buat la. Selidik tanpa sebarang kecenderungan, YB akan jumpa.

Tapi tahan ka YB kena lobi, lembik tengkok, dan strategi alih tumpuan. Kalau YB betul2 nak tengok kemana duit rakyat pergi, siasat Annuar Mohd Saffar.

Berbalik kepada Cek yang terpecah, kenapakah pembayaran dibuat kepada satu syarikat yang juga pelanggan KTMSB? Kenapa beliau cuba melindungi bayaran tersebut?

Kerana beliau cuba melindungi satu lagi Onar beliau yang telah beliau lakukan sebelum ini.

Beliau lupa bahawa setiap kali beliau menipu, beliau terpaksa membuat penipuan yang lebih besar untuk menutup penipuan yang pertama. Siri Onar Nombor Empat akan membawa anda lebih jauh kenapa pembayaran ini cuba disembunyikan.

Anda tentu tertanya-tanya, adakah dakwaan penulis ini cerita rekaan atau khayalan?

Buktinya sila semak cek yang dikeluarkan oleh KTMSB bernombor siri 163102, 163103,163104,163105,163106,163107, 163108, 163109, 163110.

Monday, July 14, 2008

Onar Nombor Dua - Perjalanan Makan Angin

....sambungan siri onar oleh Annuar Mohd Saffar. Bagaimana beliau menguruskan syarikat.

KTMSB hanyalah sebuah syarikat yang beroperasi cukup makan sahaja sebelum ini. Tetapi atas dasar keprihatinan Annuar Mohd Saffar, kakitangan-kakitangan baru terus menerus diambil secara kontrak, sedangkan syarikat sedang tenat waima untuk membayar gaji kakitangan-kakitanga yang sedia ada. Lebih mulia lagi, Annuar Mohd Saffar menyerap pula kakitangan-kaitangan kontrak yang telah diambil untuk menjadi kakitangan tetap. Terdapat kakitangan yang ditempatkan di Alor Setar, tidak mempunyai fungsi langsung, namun mereka tetap dikekalkan.

Siapa yang tidak mahu buat baik, tetapi jika kita hanya menabur kebaikan tanpa berusaha untuk mendapat hasil,apa akan terjadi. Yang akan terjadi ialah kakitangan yang bekerja bersungguh-sungguh terpaksa mengongsipendapatan syarikat yang kecil dengan kakitangan-kakitangan yang tidak berfungsi ini, akhirnya semua sengsara apabila syarikat tidak mampu membayar gaji, menangguhkan pembayaran gaji, tidak mencarum kepada EPF. Malahan wang potongan pinjaman bank yang membuat potongan gaji bulanan juga tidak dilunaskan kepada bank. Ini sudah jelas duit gaji kakitangan yang diambil oleh syarikat apabila diamanahkan untuk dibayar kepada pihak syarikat untuk melunaskan kepada pihak bank. Akibatnya? Pihak bank mengeluarkan amaran dan juga kakitangan dikenakan tindakan oleh pihak bank. Malang sungguh kakitangan KTMSB.

Sudahlah duit KTMSB tidak banyak, Annuar Mohd Saffar pula tidak pernah sekali mengurangkan perjalanan keluar negara beliau. Sedangkan jabatan kewangan mempunyai wang yang hanya cukup untuk membayar gaji sahaja, gaji ditangguhkan supaya Annuar Mohd Saffar boleh meneruskan aktiviti keluar negara yang dilakukan secara hitung panjang tiga kali dalam dua bulan, dan satu-satu perjalan pula mengambil masa sehingga dua minggu. Adalah menjadi kebiasaan Annuar Mohd Saffar melakukan perjalanan sehingga sebulan, balik ke Malaysia hanya untuk menukar pakaian sahaja dan kemudian sambung perjalanan lagi. itulah sibuknya Annuar Mohd Saffar, lebih hebat dari menteri luar malaysia. Dato' Syed hamid dan sekarang Dato Seri Rais yatim, janganlah cemburu.

Apa yang dibawa balik?










.....
.....
Tiada apa, saya fikir jika saya biarkan kosong mungkin pembaca sukar faham apa maksud saya. TIADA APA-APA. Maksud saya, tiada apa-apa bisnes yang dibawa balik, selain dari bil-bil penginapan, tiket kapalterbang dan perbelanjaan lain perjalanan. Sebanya mudah, KTMSB tidak, diulang KTMSB TIDAK ADA SEBARANG BISNES DILUAR NEGARA. Oleh itu, semua perjalanan beliau tidak ada kepentingan langsung dengan KTMSB. Tetapi ia terpaksa ditanggung oleh KTMSB yang nazak, KTMSB yang meneruskan hidup dengan mencilok duit bayaran pinjaman kakitangan, KTMSB yang tidak membayar kepada vendor.

Itulah kesannya apabila seorang ketua menggunakan amanah yang diberikan untuk pepentingan peribadi. Itu sajakah kesannya...

Ada lagi. Beliau pernah menjanjikan bonus kepada kakitangannya,janji yang disihtiharkan secara rasmi oleh KTMSB kepada kakitangannya. Malangnya kakitangan yang sudah berbelanja disebabkan janji KTMSB untuk memberi bonus, terpaksa hidup dalam kesempitan kerana KTMSB tidak menunaikan janjinya untuk membayar bonus.

Friday, July 11, 2008

Snippets (Ala-ala Tun Dr. M) - Anak Murid Kepada Mahaguru Annuar Mohd Saffar

Sebagai Selingan sebelum diteruskan dengan Annuar Mohd Saffar, apa kata kita bersantai dulu dengan anak murid beliau yang kita namakan Kepala Puteri

Modus operandi mereka sama sahaja, matlamat lagi lah sama. Duit duit duit. Etika belakang kira.

Puan Kepala Puteri telah memberi kontrak kepada syarikat dimana abangnya berjawatan sebagai pengurus projek. Abangnya bergelar Shemoi. Kepala Puteri menyembunyikan hal hubungkait persaudaraan ini daripada Kulim HiTech sebelum sebutharga dikemukakan kepada Kulim HiTech.

Sedikit perincian sebutharga tersebut:
Furniture (frame benches) RM44,200.00
Epoxy lab Flooring RM142,000.00.

Syariket tersebut ialah Kelisa Technology Sdn. Bhd.

Nilai diatas kecil? Tentulah kecil sebab itu masa tadika,berlaku pada tahun 2004. Lagipun Kepala Puteri ini kan anak murid Annuar sahaja. Selepas itu, tentulah lagi besar, dan tentulah anda akan dapat tahu kemudian nanti.

Percayalah, blog ini akan membongkarkan 100% perlakuan mereka. Tiada satu pun yang akan tercicir.

Saya bagi sedikit pembayang..
Tahun: 2007
Syarikat Chemopart... ha ha ha...mau tahu sikit lagi?
Syarikat ini membekalkan peralatan untuk untuk Kulim HiTech, Siapakah pengarah syarikat Chemopart Sdn. Bhd.? En. ABM, siapa En. ABM ini kepada Pengarah Urusan KBioCorp merangkap Kepala puteri ini?

Tunggu siaran seterusnya....

Jika tak sabar, boleh email saya annuarmohdsaffar@gmail.com

Cara kerja Annuar Mohd Saffar

Sebelum diteruskan dengan Onar kedua yang dibuat oleh Annuar Mohd Saffar, baik kita berkenalan dengan beliau dahulu, bagaimana beliau menjalankan kerja-kerjanya.

Annuar Mohd Saffar bukanlah seorang yang ingat dan insaf terhadap nasib anak bangsa mahupun rakyat, walaupun beliau mendapat peluang belajar dan mendapat jawatan besar di Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang diperolehi hasil pejuang terdahulu.

Apa yang beliau tahu ialah memastikan kepentingan dirinya sendiri sahaja. Bagaimana caranya?

Beliau banyak menggunakan kaedah melobi, lobi melobi digunakan dengan begitu meluas sekali bagi menjayakan matlamatnya. Untuk mendapatkan projek atau menutup kerja-kerja kotornya, beliau akan melobi pihak-pihak atasan samada dalam syarikat atau pemimpin-pemimpin politik. Dengan cara ini, beliau dapat memastikan para kontraktor berasa "takut" kepadanya dengan memaparkan hubungan baiknya dengan pemimpin. Ini memudahkan kerjanya untuk memeras duit kontraktor-kontraktor yang melaksanakan projek dibawah seliaannya atau pun dibawah seliaan kroninya.

Ada kontraktor yang diperas walaupun telah lama tamat kontrak, dan ada yang terpaksa gulung tikar akibat tidak mendapat untung langsung daripada projek yang dilaksanakan, kerana terpaksa membayar 'dam' kepada beliau.

Kepada mereka yang baru kenal beliau, ingat-ingatlah, beliau kuat melobi tak kira berapa banyak wang dan usaha, lobi tetap lobi. Sudah ramai yang kabur dan tak dapat melihat sikapnya, hanya kerana dilobi. Lobi lobi dan lobi, itulah Annuar Mohd Saffar.

Kepada Pengerusi baru KTMSB, YB Zulkifli Nordin, syabas atas lantikan YB. Berhati-hati dengan Annuar Mohd Saffar. Segala kerja yang dinyatakan beliau buat kebanyakannya adalah hasil titik peluh orang lain, beliau hanya menuai kreditnya saja. Tetapi beliau sangat hebat dalam persembahan, sehingga beliau akan dianggap sangat hebat dalam kerja.

Beliau pula jenis penyapu yang amat hebat, daripada wang berjuta, sehingga jam pun di sapunya daripada kontraktor.

Beliau gemar hidup mewah, berbelanja tanpa had. Makan dan minum hanya di tempat-tempat seperti Victoria Station dan Lobsterman atau yang sekelas dengannya saja.

Namun, jangan hairan jika dengan sikap borosnya tidak sedikitpun menjejaskan kewangannya, malah beliau merupakan pemilik beberapa unit rumah mewah di Kuala Lumpur, dan juga di Kelab-kelab golf. Jika ditanya tentang hartanya, beliau akan menyatakan bahawa itu semua adalah hutang, tapi institusi mana yang mahu memberikan pinjaman sebegitu banyak? Jika dikaji dengan gajinya sebagai Pengarah Eksekutif syarikat KTMSB yang tidak sebesar mana itu, adalah sesuatu yang mustahil untuk beliau memiliki semua itu, apatah lagi beliau tidak menjalankan perniagaan diluar.

Kalau dibandingkan dengan kakitangan sekelas dengannya di KTMSB atau syarikat berkait, tiada yang dapat menghampiri kemampuan kewangannya. Berbelanja mengalahkan menteri, Tan Sri Syed Mokhtar pun saya rasa akan geleng kepala takjub dengan cara beliau berbelanja.

Beliau juga bersikap tidak berperi kemanusiaan. Jika kakitangannya tidak mahu menurut kehendaknya, beliau akan lakukan apa saja, tidak cukup dengan sejuk beku, gaji pun akan ditahan untuk memastikan kesengsaraan mereka yang tidak mengikut telunjuknya, waima kawan-kawannya sendiri.Tidak pernah beliau fikir bagaimana orang itu hendak menyara keluarga dan ibubapa mereka apabila sesuka hati menahan bayaran gaji mereka. Untuk pastikan kebenaran hal ini, bolehlah ditanyakan kepada Aminuddin, kini bekerja di Intel, yang pernah menjadi mangsanya.

Beliau masuk kerja ke Kulim Technology Park pun dibawa oleh kawannya, yang akhirnya cuba disabotaj juga untuk mengambil alih tempat kawannya itu. Itulah Annuar Mohd Saffar.

Yang nyata beliau mempunyai wang yang sangat banyak, dari mana wang tu datang? Hendaklah diselidiki sejarah beliau dari Taman Teknologi malaysia (TPM) hinggalah ke Kulim Hi-Tech. Kenapa beliau berhenti (dinasihatkan berhenti sebenarnya) dari TPM?

Beliau kuat dibantu oleh beberapa manusia hipokrit termasuk yang menyamar sebagai tabligh untuk mengaut sebersih-bersihnya dari kontraktor dan faciliti yang akan di Kulim Hi-Tech bagi keuntungan peribadi.

Thursday, July 10, 2008

Onar Nombor Wahid>>> sebagai permulaan sahaja

Onar 1.
Kulim Technology Management Sdn Bhd (KTMSB) ialah syarikat berkait kerajaan yang dimiliki oleh PKNK melalui KHTP Holding dan Kulim Technology Park Corporation Sdn. Berhad. Beliau merupakan Pengarah Eksekutif KTMSB, telah dengan sesuka hati menguruskan kewangan KTMSB dan menyembunyikan tindak tanduknya dari pengetahuan ahli-ahli lembaga pengarah dengan cara memanipulasi prosedur.

Annuar Mohd Saffar meminjam daripada syarikat lain (yang juga pelanggan KTMSB) sejumlah wang kira-kira RM1.3 JUTA ringgit untuk operasi KTMSB tanpa pengetahuan dan kelulusan Ahli Lembaga Pengarah. Begitu juga proses pembayaran balik yang dibuat melalui jalan gelap dan menyembunyikandaripada Ahli lembaga Pengarah.

Pinjaman ini dibuat bagi melindungi kelemahan beliau mentadbir KTMSB sehingga kerugian teruk dan tidak mampu membayar gaji dan caruman KWSP kakitangan daripada pengetahuan Ahli Lembaga pengarah.

Apa sangat pelik ialah mengapa aktiviti ini disembunyikan daripada Ahli Lembaga Pengarah, bagaimana syarikat lain boleh dengan mudah memberi pinjaman dengan mudah dan tanpa cagaran apatah lagi dengan kedudukan kewangan KTMSB yang meruncing.

Pengurus akaun KTMSB pernah secara tidak sengaja terbocorkan perkara ini kepada pihak pengurusan dengan menghantar email seperti berikut:

Keratan email bagaimana kemasukan duit yg sebegitu banyak tanpa pengetahuan Lembaga Pengarah,
******
From: xxxx
To: HODs


All

I am having a BIG problem which I need everybody attention and action. Early of the year En Annuar has pumped in some cash into our account, amounting to RM1.3M to help our daily operations with a guarantee that the RM1.3M will be collected back by year end. But today my problem grows bigger whereby:

1) I only managed to have RM100,000 for the RM1.3M- in terms of fixed deposit which will mature next month.

******
Email penuh boleh diberikan atas permintaan
******
Ianya kemudiannya dipadamkan pada setiap komputer milik pengurus2 jabatan di KTMSB untuk melindungi perbuatannya.

KTMSB juga menunda pembayaran gaji kakitangan, tidak membayar insuran skim perlindungan hospital kakitangan dan juga tidak membayar pinjaman kakitangan walaupun potongan dibuat keatas gaji kakitangan.

Lebih pelik lagi ialah apabila dalam kedudukan kewangan syarikat KTMSB yang begitu kritikal, beliau asyik keluar negara (lebih kerap daripada menteri luar Malaysia/sila semak perjalanan beliau dengan imigresen malaysia) dan tidak berusaha untuk mengutip semula hutang daripada pelanggan yang berjumlah RM2.3 juta ringgit. RM2.3 juta ringgit adalah satu nilai yang secara relatifnya sangat besar kepada KTMSB yang merupakan syarikat yang kecil.

Senarai Onar yang telah dibuat

Lokasi:

Taman Teknologi Tinggi Kulim, KPTC dan KTMSB.

Annuar Bin Mohd Saffar:
Pengarah Eksekutif Kulim Technology Management Sdn Bhd


Onar 1.
Kulim Technology Management Sdn Bhd (KTMSB) ialah syarikat berkait kerajaan yang dimiliki oleh PKNK melalui KHTP Holding dan Kulim Technology Park Corporation Sdn. Berhad. Beliau merupakan Pengarah Eksekutif KTMSB, telah dengan sesuka hati menguruskan kewangan KTMSB dan menyembunyikan tindak tanduknya dari pengetahuan ahli-ahli lembaga pengarah dengan cara memanipulasi prosedur....selanjutnya dalam posting akan datang..ia akan lengkap dengan bukti..


Onar 2.
Menggunakan duit KTMSB untuk melalukan perjalanan keluar negari dengan kerap, lebih kerap daripada menteri luar malaysia. Apa Urusannya, berapa banyakkah hasil perniagaan yang dibawa balik hasil perjalanan tersebut?..Tunggu!!!!


Onar 3.

Onar 4.

Onar 5.

Onar 6.




Senarai onar sehingga ke onar nombor 17. Nantikan kemaskini satu persatu.

Kepada BPR, polis dan kerajaan negeri yang ingin tahu lebih terperinci onar yang telah beliau lakukan beserta bukti, bolehlah email kepada saya di email
annuarmohdsaffar@gmail.com