Thursday, November 27, 2008

Onar Nombor Lapan: Fabrikasi Dokumen

Onar Nombor Lapan akan mendedahkan tentang bagaimana Annuar Mohd Saffar, dengan keyakinan yang tinggi bahawa ianya tidak akan disemak oleh sesiapa, akan melakukan fabrikasi dokumen.

Ketangkasan Annuar Mohd Saffar bukan sahaja dalam bidang melobi, menukar hal-hal hitam menjadi putih melalui lobi. Annuar Mohd Saffar juga sangat bijak dalam fabrikasi dokumen bagi memutihkan yang hitam.

Tidak kira samada invois, resit, perjanjian atau apa saja, benda yang tidak ada tiba-tiba boleh wujud, atau yang wujud tiba-tiba boleh hilang. Annuar Mohd Saffar telah lama menjalankan aktiviti ini, samada dalam menjalankan operasi menciluk duit ataupun apabila mencipta dokumen bagi menutup jejak songsang beliau selama ini.

Dokumen boleh diwujudkan dan dokumen boleh dihilangkan dengan bantuan pakar beliau yang beliau bawa khas dari Taman Teknologi Malaysia ke Kulim Techno Park.

Annuar Mohd Saffar bukan sahaja pakar mencipta dan menghilangkan dokumen, malah dokumen separa-separa memang kepakaran Annuar Mohd Saffar, satu surat yang “sama” boleh dibuat kepada dua pihak yang berlainan dan membawa maksud yang berlainan. Kerja-kerja sebegini dibuat bagi mencapai hajat beliau dan dalam masa yang sama menipu satu pihak lagi. Jika tidak dibandingkan dokumen-dokumen tersebut, kedua-dua pihak akan tertipu.

Oleh itu, selagi Annuar Mohd Saffar boleh bergerak bebas dan mempunyai kuasa, beliau boleh mengubah yang hitam menjadi putih dan putih menjadi hitam mengikut kehendaknya.

Bukti-bukti boleh disemak secara terperinci dalam dokumen-dokumen perjanjian dengan “pemberi pinjaman”, Kementerian Pembangunan Usahawan, Invois-invois dari syarikat pembekal dan juga dokumen serahan tender. Semakan setakat membaca tidak mungkin mencukupi bagi mengesan kecurangan Annuar Mohd Saffar.

Semakan perlu dibuat dengan membandingkan semua salinan dokumen-dokumen yang ada pada semua pihak, juga bandingkan kesahihan tandatangan, kepala surat dan juga temuduga dengan pihak pengeluar dokumen terbabit. Tiada apa yang mustahil, malahan “mesin photocopy” Annuar Mohd Saffar juga boleh menghasilkan dokumen yang berlainan dari dokumen asal.

Jika tidak dilakukan secara terperinci dan sudah membuat anggapan awal bahawa dokumen terbabit adalah benar, adalah lebih baik dilupakan sahaja onar ini kerana modus operandi Annuar Mohd Saffar amat bergantung kepada prinsip tiada semakan terperinci. Semakan biasa akan hanya memperputihkan lagi aktiviti Annuar Mohd Saffar.

Kelicikan Annuar Mohd Saffar inilah yang menyebabkan bekas bos beliau di Taman Teknologi Malaysia menyifatkan beliau sebagai “headache” kerana tidak dapat menemui kecurangan beliau walaupun tahu beliau sentiasa menyebabkan masalah kepada organisasi.

Nantikan Onar Seterusnya.. jangan under estimate Annuar Mohd Saffar, dan sangka itu saja yang Annuar Mohd Saffar mampu lakukan

Wednesday, November 5, 2008

Snippets: Such a good thing is not meant to last

Bayaran RM800,000.00 , invoice pun tiada.

Bayangkan sebuah anak syarikat kerajaan negeri Kedah, iaitu KTMSB membuat bayaran dalam bentuk cek yang dipecahkan kepada RM50,000.00 setiap satu berjumlah RM800,000.00.

Bayaran yang dibuat tidak mempunyai invois atau dokumen berkaitan pun untuk dibuat pembayaran. Jadi apa tujuan pembayaran dan kenapa ianya distruktur sebegitu rupa? Adakah mungkin dokumen berkaitan pembayaran sebesar hampir satu juta ringgit boleh hilang?

Apa sudah jadi? Gila apa dengan pentadbiran KTMSB dibawah Annuar Mohd Saffar?

Tapi jangan hairan kalau orang tua-tua kata dunia sudah mahu kiamat sebab banyak benda pelik berlaku.

Apa tak peliknya, orang yang membuat pembayaran mencurigakan sebanyak berjuta-juta ringgit dan mentadbir anak syarikat kerajaan dengan begitu misteri, kini dinaikkan pangkat lagi.

Siapa yang boleh menafikan bahawa anak syarikat kerajaan negeri Kedah, iaitu Kulim Technology Management Sdn Bhd dibawah Pengarah Eksekutif, Annuar Mohd Saffar telah membuat pembayaran secara misteri tanpa dokumen sokongan sebanyak RM800,000.00 kepada Asian Autotech Sdn. Bhd.?

Annuar Mohd Saffar kini telah dinaikkan pangkat kepada Naib Presiden di Kulim Techno Park. Tahniah diucapkan, jika benar beliau sudah naik pangkat. Diharap nikmat tuhan sebegini digunakan untuk menginsafkan diri, jika tidak, jadilah anda orang-orang yang rugi.

Walaubagaimana pun ingatlah, SUCH A GOOD THING IS NOT MEANT TO LAST…