Wednesday, August 20, 2008

Onar nombor Lima – Fine Blanking Machine dan Teknik Melanun Terpuji

Salam sejahtera..

Pembaca pastinya sibuk dengan Anwar Ibrahim dan Permatang Pauh pada ketika ini. Tapi apa kurangnya Annuar Mohd Saffar.

Kali ini kami ingin memberi pembayang kepada satu lagi onar yang dibuat oleh Annuar Mohd Saffar.

Ini berkaitan projek pembelian mesin penghasilan produk logam di Technology Park Malaysia. Salah satunya ialah pembelian mesin “Fine Blanking” di Technology Park Malaysia.

Rekodnya akan kelihatan bersih jika tidak dianalisa sepenuhnya. Kami tidak ingin mendedahkan secara terperinci tentang jumlah dan teknik yang digunakan spesifik kepada pembelian mesin tersebut.

Tetapi kami ingin memberi bayangan bagaimana ia boleh dimanipulasi dan jika siasatan hendak dibuat, bolehlah menyemak menggunakan modus operandi yang akan diterangkan dibawah.

Dibawah ini diberikan sebagai contoh sahaja untuk memudahkan siasatan dibuat, jadi perincian bolehlah disemak dalam rekod penilaian tender bagi mesin tersebut. Tentang nasib salah satu mesin tersebut, sudah dijelaskan oleh seorang komentator didalam onar nombor empat sebelum ini.

Bayangkan satu tender terbuka dikeluarkan untuk menjemput penender membida harga-harga pembekalan mesin.

Harga Mesin mengikut bajet RM3 juta.

Syarikat yang menyertai adalah 10 syarikat

Syarikat 1 : RM1.9 Juta
Syarikat 2 : RM2.4 Juta
Syarikat 3 : RM2.8 Juta
Syarikat 4 : RM3.1 Juta
Syarikat 5 : RM3.6 Juta
Syarikat 6 : RM4.0 Juta – Syarikat yang bersekongkol dengan suspek
Syarikat 7 : RM4.2 Juta
Syarikat 8 : RM4.2 Juta - Syarikat dummy yang bersekongkol dengan suspek
Syarikat 9 : RM4.4 Juta - Syarikat dummy yang bersekongkol dengan suspek
Syarikat 10 : RM4.4Juta - Syarikat dummy yang bersekongkol dengan suspek


Syarikat 1 hingga syarikat 5 yang harganya lebih rendah daripada syarikat 6 akan lucutkan kelayakan pada peringkat awal lagi, iaitu pada peringkat pra-kelayakan (pre-qualification).

Syarat-syarat pra-kelayakan adalah syarat-syarat yang tidak munasabah atau sengaja diadakan bagi memastikan syarikat tersebut dibuang dari senarai pada peringkat awal.Walaubagaimanapun syarikat yg bersekongkong akan memenuhi syarat ini yg sengaja dibuat supaya kelihatan ringan tetapi adalah syarat pra-kelayakan yang mana penender tidak tahu langsung.

Ini dibuat dengan mudah kerana pembuat onar atau ajennya juga juga adalah pembuat spesifikasi tender.

Syarikat 6 hingga 10 sahaja akan dimasukkan dalam penilaian yang dihantar untuk diluluskan oleh kementerian (Kebanyakan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Pembangunan Koperasi).

Laporan yang akan masuk adalah

Syarikat 6 : RM4.0 Juta
Syarikat 7 : RM4.2 Juta
Syarikat 8 : RM4.2 Juta
Syarikat 9 : RM4.4 Juta
Syarikat 10 : RM4.4Juta

Dan penender yang terendah adalah penender 6 yang menender pada harga RM4 juta, maka akan dicadangkan untuk dilantik.

Kenapa perlu syarikat dummy?Untuk memaksimumkan harga anugerah. Syarikat dummy diperlukan untuk meletakkan harga jauh lebih tinggi supaya harga pemenang anugerah juga jauh lebih tinggi dari bajet tender asal, dan kelihatan masih rendah kerana kebanyakkan penender yang dinilai keperingkat akhir adalah jauh lebih tinggi.

Laporan tender juga sangat bersih, iaitu penender terendah (terendah sebenar sudah dibuang) dianugerahkan projek, dan Annuar Mohd Saffar sudah melakukan penilaian tender yang sangat baik kerana mendapat bekalan mesin dengan harga yang rendah.

Padahal beberapa penender yang lebih rendah dan menjimatkan berjuta duit rakyat telah dicantas awal oleh jawatankuasa tender. Penender-penender yang rendah ini akan hanya sampai pada senarai nama, harga jika dimasukkan dibuat supaya tidak kelihatan penting kerana syarikat ini telah dicantas dari awal.

Licik atau tidak?

Oleh itu, jika BPR atau pihak berkuasa mahu siasat, maka siasatlah dahulu semua penender yang masuk membida dari awal,bagaimana mereka dicantas dari awal supaya dalam laporan kelihatan penender terendah yang mendapat projek (padahal sebenarnya yang mendapat projek bukan penender terendah) Jangan baca laporan tender yang sudah siap sahaja, anda tidak akan jumpa apa-apa. Baca sekali dokumen serahan tender bagi semua syarikat.

Jika tidak, tiada siapa akan dapat mengesan apa-apa. Maka sebab itulah Annuar Mohd Saffar dianggap sebagai penyakit di TPM, namun TPM tidak tahu bagaimana penyakit itu boleh terjadi kerana cap-jari kerja Annuar tidak kelihatan dengan nyata, malah dilindungi dengan baik, sehinggakan beliau kelihatan perlu dipuji pula.

Itulah modus operandi Annuar Mohd Saffar.

Dan jangan lupa, Annuar Mohd Saffar kuat melobi, maka sebelum sesiapa dapat mulakan siasatan, siasatan akan terhenti oleh kerja lobi dan lobi beliau.

Beliau sentiasa gambarkan beliau banyak jasa dan bijak mendapatkan projek bagi syarikat atau negeri, padahal beliau banyak mengambil kredit orang lain.


Nota:
1. Oleh kerana komen-komen disini tidak ditapis, maka kami tidak bertanggungjawab terhadap kebenaran atau kepalsuan komen tersebut.
2. Kepada tok janggut:
Annuar Mohd Saffar orang yang berpengaruh dalam syarikat dan juga di kementerian hasil dari kerja lobo melobi beliau, kami tidak tahu berapa ramai kawan-kawan yang bersekongkol dengan beliau. Jadi cara terbaik ialah dengan menulis diblog ini, perbuatan beliau dapat didedahkan, dan beliau tidak mampu menutup mulut kami.

3. Kami sudah dedahkan sekian banyak, apa kata tok janggut sebagai orang yang bertanggungjawab, menyumbang sedikit sahaja lagi dengan melaporkan kewujudan blog ini kepada pihak berkuasa.

4. Oleh kerana contoh di atas adalah modus operandi, ini berkemungkinan besar juga cara yang digunakan di Kulim Techno Park. Kemungkinan besar bermakna penelitian sedang dibuat untuk mengesahkan kewujudan cap jari Annuar Mohd Saffar.Terdapat tanda-tanda modus operandi tersebut juga dilaksanakan di Kulim Techno Park.Apabila disahkan oleh sumber kami, ianya akan didedah. Mungkin dalam masa yang terdekat iaitu Onar Nombor Enam.

Tujuan kami untuk melindungi duit rakyat akan tercapai jika BPR atau pihak berkuasa benar-benar berusaha mahu menangkap lanun-lanun harta rakyat. Identiti kami juga terlindung. Segala kelicikan beliau dapat diatasi dengan panduan melalui blog ini, dan jika perlu boleh email untuk bukti.

Saksi tidak perlu kerana BPR boleh menyiasat dokumen-dokumen yang dinyatakan didalam blog ini. Bukti paling segar dan baru ialah 9 keping cek yang dikeluarkan kepada Teknologam. Apa alasan beliau mengeluarkan pembayaran dalam beberapa keping cek untuk penerima yang sama dan dalam waktu yang sama? Kenapa tidak bayar dalam sekeping cek sahaja?

Ignorance is not an excuse,tapi jaga-jaga sebab Annuar can go as low as saying that dia tak tahu bahawa cek tidak boleh dipecah-pecahkan. Dia juga boleh katakana bahawa dia hanya menandatangi sahaja sebab percaya kepada pihak akaun yang sediakan cek tersebut. Dia juga boleh beri macam-macam lagi alasan, dan biasanya orang yang hendak menyiasat atau mempersoalkan tindakan beliau akan hanyut begitu saja.

Oleh itu, kami nasihatkan kepada kakitangan yang masih bersekongkol dengan beliau agar berhenti dari kerja-kerja jahat anda kerana bersubahat itu lebih besar dosanya dari orang yang melakukan.

Jumpa lagi di Onar Nombor Enam…

Sejahtera Malaysia..

No comments: