Thursday, November 27, 2008

Onar Nombor Lapan: Fabrikasi Dokumen

Onar Nombor Lapan akan mendedahkan tentang bagaimana Annuar Mohd Saffar, dengan keyakinan yang tinggi bahawa ianya tidak akan disemak oleh sesiapa, akan melakukan fabrikasi dokumen.

Ketangkasan Annuar Mohd Saffar bukan sahaja dalam bidang melobi, menukar hal-hal hitam menjadi putih melalui lobi. Annuar Mohd Saffar juga sangat bijak dalam fabrikasi dokumen bagi memutihkan yang hitam.

Tidak kira samada invois, resit, perjanjian atau apa saja, benda yang tidak ada tiba-tiba boleh wujud, atau yang wujud tiba-tiba boleh hilang. Annuar Mohd Saffar telah lama menjalankan aktiviti ini, samada dalam menjalankan operasi menciluk duit ataupun apabila mencipta dokumen bagi menutup jejak songsang beliau selama ini.

Dokumen boleh diwujudkan dan dokumen boleh dihilangkan dengan bantuan pakar beliau yang beliau bawa khas dari Taman Teknologi Malaysia ke Kulim Techno Park.

Annuar Mohd Saffar bukan sahaja pakar mencipta dan menghilangkan dokumen, malah dokumen separa-separa memang kepakaran Annuar Mohd Saffar, satu surat yang “sama” boleh dibuat kepada dua pihak yang berlainan dan membawa maksud yang berlainan. Kerja-kerja sebegini dibuat bagi mencapai hajat beliau dan dalam masa yang sama menipu satu pihak lagi. Jika tidak dibandingkan dokumen-dokumen tersebut, kedua-dua pihak akan tertipu.

Oleh itu, selagi Annuar Mohd Saffar boleh bergerak bebas dan mempunyai kuasa, beliau boleh mengubah yang hitam menjadi putih dan putih menjadi hitam mengikut kehendaknya.

Bukti-bukti boleh disemak secara terperinci dalam dokumen-dokumen perjanjian dengan “pemberi pinjaman”, Kementerian Pembangunan Usahawan, Invois-invois dari syarikat pembekal dan juga dokumen serahan tender. Semakan setakat membaca tidak mungkin mencukupi bagi mengesan kecurangan Annuar Mohd Saffar.

Semakan perlu dibuat dengan membandingkan semua salinan dokumen-dokumen yang ada pada semua pihak, juga bandingkan kesahihan tandatangan, kepala surat dan juga temuduga dengan pihak pengeluar dokumen terbabit. Tiada apa yang mustahil, malahan “mesin photocopy” Annuar Mohd Saffar juga boleh menghasilkan dokumen yang berlainan dari dokumen asal.

Jika tidak dilakukan secara terperinci dan sudah membuat anggapan awal bahawa dokumen terbabit adalah benar, adalah lebih baik dilupakan sahaja onar ini kerana modus operandi Annuar Mohd Saffar amat bergantung kepada prinsip tiada semakan terperinci. Semakan biasa akan hanya memperputihkan lagi aktiviti Annuar Mohd Saffar.

Kelicikan Annuar Mohd Saffar inilah yang menyebabkan bekas bos beliau di Taman Teknologi Malaysia menyifatkan beliau sebagai “headache” kerana tidak dapat menemui kecurangan beliau walaupun tahu beliau sentiasa menyebabkan masalah kepada organisasi.

Nantikan Onar Seterusnya.. jangan under estimate Annuar Mohd Saffar, dan sangka itu saja yang Annuar Mohd Saffar mampu lakukan

Wednesday, November 5, 2008

Snippets: Such a good thing is not meant to last

Bayaran RM800,000.00 , invoice pun tiada.

Bayangkan sebuah anak syarikat kerajaan negeri Kedah, iaitu KTMSB membuat bayaran dalam bentuk cek yang dipecahkan kepada RM50,000.00 setiap satu berjumlah RM800,000.00.

Bayaran yang dibuat tidak mempunyai invois atau dokumen berkaitan pun untuk dibuat pembayaran. Jadi apa tujuan pembayaran dan kenapa ianya distruktur sebegitu rupa? Adakah mungkin dokumen berkaitan pembayaran sebesar hampir satu juta ringgit boleh hilang?

Apa sudah jadi? Gila apa dengan pentadbiran KTMSB dibawah Annuar Mohd Saffar?

Tapi jangan hairan kalau orang tua-tua kata dunia sudah mahu kiamat sebab banyak benda pelik berlaku.

Apa tak peliknya, orang yang membuat pembayaran mencurigakan sebanyak berjuta-juta ringgit dan mentadbir anak syarikat kerajaan dengan begitu misteri, kini dinaikkan pangkat lagi.

Siapa yang boleh menafikan bahawa anak syarikat kerajaan negeri Kedah, iaitu Kulim Technology Management Sdn Bhd dibawah Pengarah Eksekutif, Annuar Mohd Saffar telah membuat pembayaran secara misteri tanpa dokumen sokongan sebanyak RM800,000.00 kepada Asian Autotech Sdn. Bhd.?

Annuar Mohd Saffar kini telah dinaikkan pangkat kepada Naib Presiden di Kulim Techno Park. Tahniah diucapkan, jika benar beliau sudah naik pangkat. Diharap nikmat tuhan sebegini digunakan untuk menginsafkan diri, jika tidak, jadilah anda orang-orang yang rugi.

Walaubagaimana pun ingatlah, SUCH A GOOD THING IS NOT MEANT TO LAST…

Friday, October 10, 2008

Onar Nombor Tujuh - Petty, Petty, Petty.. For What?

Salam Syawal,
Kami memohon maaf kerana agak lama tidak mengemaskini blog ini memandangkan musim perayaan yang agak panjang.

Sebelum memulakan Onar Nombor Tujuh, kami ingin menyampai dedikasi salam raya kepada Annuar Mohd Saffar, yang ditujukan oleh beberapa kakitangan KTMSB melalu email mereka kepada kami. Kata mereka, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Dengan ucapan, “duit zakat kami dah setel ke belum?”

Onar Nombor Tujuh – Pengeluaran Tunai Yang Besar
Pengeluaran Tunai KTMSB adalah sangat besar dan sangat mencurigakan. Bayangkan sebuah syarikat yang hanya membuat untung kurang dari RM20,000.00 setahun mempunyai transaksi pengeluaran TUNAI yang amat besar, untuk tahun 2007 sahaja, pengeluaran TUNAI adalah:
Feb 2007 RM16400
April 2007 RM30,400
Mei 2007 RM35,000
Jun 2007 RM33,200
Julai 2007 RM119,200
Ogos 2007 RM30,000
Sept 2007 RM12,800
Okt 2007 RM10,900
November RM37,000

Jumlah RM327,000 dalam masa 10 bulan????!!!!!

Kenapa bayaran tunai yang begitu besar? Sedangkan syarikat-syarikat lain cuba mengelakkan bayaran tunai, melainkan terpaksa dengan diadakan petty cash, kenapa pentadbiran Annuar Mohd Saffar melakukan tansaksi TUNAI yang sebegitu besar berbanding dengan saiz syarikat?

Kami tidak mahu membuat apa-apa kesimpulan tentang “trajedi” ini, tapi jika pihak atasan terbabit mempunyai sedikit asas dalam pentadbiran, perkara ini sudah tentunya perlu disiasat kelubang cacing.

Jika tidak tahu, kini kami ini sudah membentangkan, laluan sudah dibuka, jadi jika tidak dilaksanakan siasatan, apa guna amanah yang diberikan oleh rakyat? Adakah hanya untuk kepentingan diri? Bagaimana hak rakyat yang perlu anda lindungi?

Mungkin rakyat tidak tahu, tapi bolehkah anda, pihak pengurusan atasan Kulim Techno Park memperbodohkan Allah? Tidak yakinkah dihati kamu bahawa kamu akan berjumpaNya di kemudian hari, sebagaimana sering diucapkan dibibir?

……Janganlah kamu mengira kamu sudah beriman, sehingga kamu diuji…….

Monday, September 15, 2008

SNIPPETS

1. Pada ketika ini, Teknologam berhutang dengan KTMSB sebanyak lebih kurang RM200,000. Tetapi KTMSB pula sangat setia membayar hutangnya kepada Teknologam sehingga terlajak. Padahal KTMSB boleh “kontra” jika KTMSB berhutang dengan Teknologam sekalipun. Soalannya, kenapa?

2. Apa sudah jadi dengan pengurusan Kulim Techno Park, dengar ceritanya Annuar Mohd Saffar sudah dilantik menjadi orang penting di Kulim Techno Park. Annuar Mohd Saffar ini dulu telah di singkirkan secara halus oleh pentadbiran terdahulu, tentulah ada sebabnya. Kalau hendak kitar semula pun janganlah dikitar sisa nuklear, nanti makan tuan. Tak payah buat apa-apa anggapan samada Annuar Mohd Saffar ini jujur atau tidak. Pergi semak saja dengan rekod-rekod yang ada, adakah semua yang dinyatakan di blog ini tidak benar?

Thursday, September 11, 2008

Onar Nombor Enam - Haji Penghalang Zakat

KTMSB dibawah tadbiran Tuan HAJI Annuar Mohd Saffar juga melarikan duit zakat dari yang berhak? Wang potongan gaji untuk membayar zakat tidak disampaikan kepada yang berhak iaitu Pejabat Zakat Kulim. Pekerja-pekerja telah membayar zakat mereka melalui KTMSB, jadi kewajipan mereka telah mereka tunaikan. Tetapi KTMSB mengambil duit itu dan tidak membayar kepada pejabat zakat.

Duit zakat itu sebenarnya bukan duit kita, duit itu duit fakir miskin, duit untuk mereka yang berjihad kepada jalan Allah, dan pelbagai asnaf zakat yang lain. Jika tidak disampaikan, itu adalah satu pecah amanah. Ini rukun Islam wahai Annuar Mohd Saffar. Zakat pula perlu ditunaikan mengikut masanya, bukan boleh dibayar ikut suka hati kita, apatah lagi menahan duit zakat orang lain sehingga bertahun lamanya.

Adakah Annuar Mohd Saffar terlupa? Lamanya beliau terlupa, sejak April 2006 lagi KTMSB menyimpan duit zakat yang dibayar oleh kakitangannya yang sepatutnya dibayar kepada Pejabat Zakat Kulim.

Berapa ramai mereka yang akhirnya gagal menyampaikan zakat mereka kerana Annuar Mohd Saffar?Jika disuruh meneka, kami akan meneka bahawa duit potongan zakat SEMUA kakitangan yang membuat pembayaran melalui syarikat telah dilarikan dari asnafnya.

Tapi kalau disemak balik onar yang terdahulu, pada masa-masa tersebut Annuar Mohd Saffar tidak lupa membayar kepada Teknologam sampai RM1.3 juta, sedangkan duit zakat orang lain tidak dibayar. Maksudnya KTMSB mempunyai wang untuk membayar zakat tersebut, tetapi urusan membayar Teknologam lebih utama.

Maklumat terbaru yang kami terima melalui email adalah rungutan daripada kakitangan KTMSB yang mula menyedari tentang wang zakat mereka yang sudah dilarikan oleh Annuar Mohd Saffar. Diberitakan berpuluh-puluh kakitangan KTMSB sudah menyemak dan mendapati zakat mereka tidak disampaikan kepada Pejabat Zakat Kulim. Berapa banyak duit zakat orang yang Annuar Mohd Saffar larikan dari asnafnya?

Kalaulah ada kakitangan KTMSB terbabit melaporkan kepada pihak berkuasa atau pengurusan tertinggi Kulim Techno Park, mampukah Annuar Mohd Saffar menepis kali ini. Tambahan pula, baru-baru ini, Menteri Besar Kedah telah memberi lampu hijau untuk BPR mendakwa mana-mana Ketua Eksekutif GLC yang terbabit dengan rasuah dan pecah amanah.

Wednesday, September 3, 2008

Penutup Onar Nombor Tiga

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Selamat Berpuasa, semoga dengan datangnya bulan Ramadhan ini dapat menginsafkan kita semua, dan menjadikan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.

Maaf kerana mengambil masa yang agak panjang untuk membongkar onar Annuar Mohd Saffar, maklumlah, sibuk dengan kempen PRK Permatang Pauh, juga dengan Sambutan kemerdekaan dan terbaru, menyambut Awal Ramadhan.

Tahniah Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Orang nama Anwar ni bijak-bijak belaka, macam-macam skil yang mereka ada. Tapi kalau di Kedah, Annuar Mohd Saffar adalah jagoannya.

Kami ingin menutup satu babak onar oleh Annuar Mohd Saffar dengan laporan lengkap tentang onar “misteri cek terpecah”.

Ingat kembali bahawa pinjaman yang dibuat kepada Pelanggan KTMSB adalah sebanyak RM1.3 juta? Rujuk Email dari seorang pengurus jabatan kepada jabatan lain dalam KTMSB tentang kerisauan beliau untuk membayar hutan KTMSB

Bayaran sembilan keping cek yang dinyatakan sebelum ini tentulah tidak cukup.

Jadi kami ingin mendedahkan semua cek yang dikeluarkan dengan tiada etika dan sengaja mengelak dari pengetahuan Lembaga Pengarah.

Cek-Cek tersebut adalah dari KTMSB melalui Maybank bernombor akaun:
502-111-000-xx1.
(Kalau anda mahu perincian, minta dari Maybank, cawangan mana? Pengawai mana mana Maybank boleh memberitahu anda Bank Cawangan mana melalui 3 nombor pertama akaun tersebut), apa yang kami ingin nyatakan disini adalah kami mempunyai maklumat LENGKAP, bukan sekadar meneka.

Cek-cek tersebut adalah seperti berikut:

3 Julai 2007 163107 RM50,000.00
163110 RM48,118.43
163109 RM50,000.00
163103 RM50,000.00
163102 RM50,000.00
163104 RM50,000.00
163105 RM50,000.00
163108 RM50,000.00
163106 RM50,000.00

6 Jun 2007 149931 RM50,000.00
149930 RM50,000.00
149929 RM50,000.00
158628 RM50,000.00
158629 RM50,000.00
158636 RM50,000.00
158638 RM50,000.00
158635 RM50,000.00
158634 RM50,000.00
158637 RM50,000.00
158633 RM50,000.00
158632 RM50,000.00

11 Mei 2007 149898 RM50,000.00
149923 RM50,000.00
149924 RM50,000.00
149922 RM50,000.00
149925 RM50,000.00

Jumlah bayaran : RM1298118.43

Bayaran dibuat pada hanya tiga tarikh sahaja dan kepada satu penerima sahaja, tetapi dibuat dalam 26 keping cek yang tidak melebihi RM50,000.00.

Bolehkah bayaran sebegini dibuat? Salah atau tidak?

Boleh dibuat dan tak salah, ianya bergantung kepada pemilikan syarkat tersebut. Jika BAPA anda yang punya atau ANDA SENDIRI yang empunya syarikat, memang dibolehkan dan tak salah.

Tapi KTMSB adalah syarikat milik kerajaan, dan Annuar Mohd Saffar TIDAK mempunyai saham walau satu sen pun dalam syarikat tersebut. Maka perbuatan Annuar Mohd Saffar adalah jelas salah dan boleh didakwa.

Anwar Mohd Saffar sebenarnya telah diberi amaran oleh lembaga pengarah tentang kecurangan beliau dalam meguruskan wang syarikat, perbuatan beliau yang meminjam dari “pelanggan” dan juga membayar kembali dengan cek terpecah dengan tujuan melindungi bayaran adalah satu kesalahan bukan saja dari polisi syarikat, malah salah dari segi undang-undang.

Namun Annuar Mohd Saffar buat-buat tidak faham, kalau Jepun, demi maruah sudah tentu hara-kiri jawapannya. Tapi orang begini ada kah maruahnya?

Jadi jangan hairan jika beliau tidak lagi malu untuk menggunakan segala “contact” yang boleh bagi melobi ahli lembaga pengarah hingga ke pengerusi Kulim Techno Park pula, kerana diberitakan Lembaga pengarah Kulim techno Park adalah ramai orang baru, oleh itu senang di”tipu”, maka dapatlah jawatan baru di Kulim Techno Park.

Walaupun Pengurusan Kulim Techno Park bukanlah senaif itu, namun kita kena juga jangka benda yang diluar jangka.

Kepada pengurusan Kulim Techno Park, Annuar Mohd Saffar akan alihkan tumpuan anda kepada siapa yang menulis blog ini, seperti kanak-kanak yang menangis diumpan gula-gula. Anda akan melupakan semua hal yang dituliskan disini, sebaliknya hanya menumpukan kepada gula-gula yang Annuar Mohd Saffar berikan, iaitu siapa penulis blog ini.

Annuar Mohd Saffar sebenarnya sudah ‘underestimate” pengurusan Kulim Techno Park, beliau tidak sedar bahawa jika Pengurusan Kulim Tech Park tahu apa yang beliau buat, mereka tidak akan lepaskan beliau. Mereka ini semua insan beramanah, cuma mungkin kurang pengalaman, dan Annuar Mohd Saffar fikir beliau boleh menunggang mereka… Selamat Maju Jaya…


Dengan ini, tamatlah onar “bertajuk Misteri Cek Terpecah”
****************************************************************************************************

Monday, August 25, 2008

Snippets

Jawatan Baru..
Ada angin mengatakan mengatakan bahawa seorang COO akan dilantik ke Kulim Techno Park, dan orang ini merupakan bekas kakitangan KTMSB yang pernah ditahan gajinya oleh Pengarah Eksekutif (Lama). Beliau merupakan orang penyokong kuat Pakatan Rakyat.

Hal ini hanya dapat disahkan selepas mesyuarat lembaga pengarah Kulim Techno park yang dengarnya akan diadakan dalam masa terdekat.

Jika benar, kita ucapkan tahniah dan selamat kembali berjumpa dengan kawan-kawan dan bekas bos lama.


Cek Terpecah Sambungan..
Kita akan mendedahkan juga cek-cek terpecah pada bulan Jun 2007 dan Mei 2007, selain cek-cek yang didedahkan bagi bulan Julai 2007 sebelum ini dalam misteri cek terpecah.Tapi seperti biasa, tidak ada pengurusan didunia yang dapat menjelaskan bagaimana cek-cek bayaran dibuat dalam jumlah RM50,000 setiap satu dalam pada tarikh yang sama dan juga kepada penerima yang sama.


Ini boleh digunakan kepada mana-mana syarikat sebagai CV untuk Annuar Mohd Saffar diambil sebagai pengurusan.

Onar Seterusnya Akan disambung dalam sebaik saja keputusan pilihanraya permatang pauh diketahui. harap bersabar..