Wednesday, August 13, 2008

Onar Nombor Empat

Salam sejahtera,
Anda tentu telah membaca Onar Nombor Tiga yang diposkan pada 1 Ogos yang lalu. Dimana misteri cek terpecah telah membawakan kepada kepada pembaca cerita bagaimana Annuar Mohd Saffar membuat maneuver atau pergerakan licik untuk mengelirukan ahli-ahli lembaga pengarah KTMSB tentang pembayaran cek yang sebenarnya memerlukan kelulusan ahli lembaga pengarah.

Cek-cek tersebut telah dibayar kepada satu syarikat yang juga merupakan pelanggan KTMSB iaitu Teknologam Sdn. Bhd.

Kenapakah Annuar Mohd Saffar sanggup mengambil risiko yang sangat besar memanipulasi prosedur pembayaran untuk membayar kepada pelanggan KTMSB?

Kenapa beliau tidak berusaha segigih itu untuk membayar caruman EPF sehingga KTMSB disaman KWSP kerana tidak menjelaskan caruman pekerjanya? Kenapa beliau tidak segigih itu apabila membayar gaji kakitangan KTMSB sendiri sehingga sering lewat?

Apakah yang lebih penting bagi seorang Pengarah Eksekutif sebuah syarikat, kebajikan kakitangan syarikat atau ancaman saman terhadap syarikat? Jika hal-hal sebegini tidak mendatang masalah atau menjadi beban kepada beliau untuk diselesaikan, maka tentulah pembayaran kepada Teknologam mempunyai kepentingan yang lebih besar.

Apakah kepentingan Teknologam kepada Annuar Mohd Saffar? Mengapa Teknologam sanggup memberi pinjaman kepada KTMSB? Apakah cagarannya? Berapa banyak sebenarnya bayaran balik kepada Teknologam?

Anda tentu membayangkan Annuar Mohd Saffar membuat pembayaran kepada Teknologam sebanyak hampir setengah juta sahaja bukan? Ini berdasarkan 9 keping cek tersebut. Jadi apa sudah jadi dengan RM1.3 juta yang telah dinyatakan pada Onar Nombor satu, seperti email kepada semua ketua jabatan (HOD) itu bukan.

Sebenarnya pembayaran dibuat adalah sesuai dengan jumlah RM1.3 juta tersebut, bagaimana beliau melakukannya akan diceritakan kemudian, termasuklah jumlah yang dibayar sebagai faedah kepada hutang tersebut.

Berbalik kepada kepentingan Teknolgam kepada Annuar, beliau menggunakan proksi untuk memegang sahamnya dalam Teknologam. Jadi duit pinjaman Teknologam kepada KTMSB adalah duit siapa?

Jadi sudah tentu anda sudah dapat menghubungkan sebab musabab kenapa Teknologam dengan mudah memberi pinjaman kepada KTMSB yang tenat. Dua burung ditembak dengan satu peluru. KTMSB dapat terus hidup dan Annuar Mohd Saffar tidak dicela oleh Lembaga pengarah dan dalam masa yang sama, faedah pinjaman yang dibayar kepada Teknologam dapat kepada siapa? …..Betulll…Bijak..tepat tekaan anda.

Maaf tiada hadiah sebab soalan terlalu mudah.

Sebab itulah Annuar Mohd Saffar hendak membuat pembayaran balik kepada Teknologam, sebab ada kepetingannya. Sedangkan KTMSB banyak berhutang kepada vendor-vendornya yang telah menyebabkan gangguan terhadap perniagaan KTMSB kerana vendor tidak lagi mahu berurus niaga dengan KTMSB.

Ini juga sebenarnya telah mencematkan imej Syarikat Induk, Kulim Technopark Corporation dimata peniaga. Pencemaran imej ini walaupun sangat buruk tidak pun disedari oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kulim Techno Park Corporation.

Lagipun, Ketua Pegawai Eksekutif Kulim Technopark Corporation terlalu sibuk dengan urusan syarikat induk sehingga beliau tidak sedar KTMSB hanyalah dalam mode auto pilot sahaja.

Dari mana beliau mendapat wang yang sebegitu banyak sehingga berjuta ringgit, untuk dilaburkan disana sini termasuk di Teknologam? Kalau sudah lama menjadi Pengarah Eksekutif dan simpan duit gaji tidak mengapa. Berapa gaji Pengarah Eksekutif KTMSB? terlalu kecil.

Tapi kita akan buktikan bagaimana Annuar menyalahgunakan kedudukannya untuk mempengaruhi keputusan bagi mendapat keuntungan peribadi. Tapi jangan terkejut kerana Kulim Hitech bukanlah yang pertama.

Teknologi Park Malaysia..itulah tempatnya. Panjang ceritanya. Pambayangnya ialah “tender pembelian mesin”… Tahun “dari 1999 ke belakang”


Tunggu nanti kita akan dedahkan bagaimana Annuar Mohd Saffar memanipulasi harga mesin sehingga kepada harga yang tidak munasabah bagi memaksimakan duit yang boleh diperah dari kontraktor-kontraktor.

Tentu Annuar Mohd Saffar ingat kepada kawan-kawannya. Kawan-kawan yang beliau tidak bagi kuah pun bila masa mengutip hasil, antaranya ialah seorang kawan yang mempunyai nama yang serupa, tapi tak sama.

Kalau tak sabar, terutama Pihak berkuasa, buka balik fail pembalian mesin di Teknologi Park Malaysia. Cuma pesan kami, baca secara terperinci, walaupun satu ayat. Jika mahukan panduan, emailkan kepada annuarmohdsaffar@gmail.com.


Misteri Annuar lupa kawan walaupun yang serupa nama juga akan dibongkar, tapi itu bukan keutamaan kerana keutamaan sekarang ialah bagaimana manangkap lanun harta rakyat.

Ingat… ada 13 onar yang akan didedahkan sebelum blog ini ditinggalkan…

Sesiapa yang berminat untuk mengemailkan pautan ini kepada pihak berkuasa, dipersilakan.

Tugas kami hanyalah untuk mendedahkan kunci-kunci bagi memudahkan pihak berkuasa membuat siasatan. Kami mampu memberi panduan yang lebih terperinci, tetapi kami percaya dengan pembayang yang sebegini pun sudah cukup untuk membawa Annuar Mohd Saffar ke muka pengadilan.

Blog ini tiada hasrat untuk menfitnah sesiapa, jika Annuar tidak bersalah, tidak perlu takut. Tapi fikirlah, adakah mungkin kami dapat menyusun atur konspirasi yang sebegitu hebat terhadap Annuar Mohd Saffar, melainkan semua itu adalah cap jari yang ditinggalkan semasa beliau melaksanakan jenayah beliau.


Fakta Penting:
1. KTMSB pinjam dari pelanggan RM1.3 juta. Mudahnya!
2. 9 cek bayaran telah disahkan tidak disediakan mengikut prosedur. Kenapa!
3. Bayaran berserta faedah kepada Teknlogam dalam keadaan KTMSB nyawa-nyawa ikan. Siapa Untung!
4. Duit pelaburan dalam Teknologam dan banyak lagi harta datang dari mana!
5. Kepakaran Annuar Mohd Saffar – Manipulasi system dan prosedur tender

Jumpa lagi di Onar nombor 5….

Sejahtera Malaysia…

10 comments:

Unknown said...

pukimak punya Annuar nie,
Banyak nye hang makan?tak silap aku classmate aku ni di sek.sains.
Dari dulu sampai sekarang tak ubah-ubah perangai.Aku ingat kau kerja shell kat sarawak dulu.Kau ni memang la,kalau betul kau yang aku kenal memang aku tak mengaku kawan.Kau tahu tak duit yang kau makan ni duit taxpayer,yang setiap tahun rakyat mesti kantoi punya nak bayar.termasuklah aku.kau senang-senang je balun.
Ni kau dah ajar sabrina pulak Ketua Puteri UMNO kulim.Adik aku pernah buat praktikal tau di KTM,patutlah selalu buat BBQ,pakai duit rasuah kot.Aku akan suruh kawan aku check di BPR.Salah nie Annuar?Jangan Buatlah ingat sama pada anak bini kita.Sedih aku kalau betul kau yang aku kenal.kawan-kawan kita dah maju dah tanpa duit haram.ada yang jadi dekan,professor di USM,Sudahlah Annuar?

Unknown said...

rilex khadir...

member hg tu pinter orgnyer.... takkan la hg ta tau

bijak buat percaturan duit syarikat, bijak kedarah duit staff..., bijak buat deal dengan negara luar...

ikut priority...
1) utamakan makananan dulu (mesti yg mahal2 dong)
2) duit staff wajib kena balun (EPF, potongan simpanan)
3) keta kena mau gah....
4) rumah hinggap kena mau byk...

ada lgi... takpa la... aku post yg ni dulu lah....

zzzaaaassss......185578.....

Anonymous said...

bengkek jer dgr cerita ni.
ada gambar tak bro. kasi letak ler.bleh tgk ensem ke tak mamat anuaq nih.

Unknown said...

salamz....
setelah saye teliti dan renung.saye ader soalan utk empunya blog nih.....setakat mana bukti....dan kesahihan nya. kedua mengapa tidak laporkan terus ke bpr jika semuenye lengkap?
kan senang cerita?atau ini adalah salah satu adengan drama yg penuh dgn konspirasi?hmmmmm....

p/s:makin hangat dr permatang pauh hehehe......333338752145256325415584

Anonymous said...

takpa lah tok janggut, aku dh email aduan kepada YB Zulkifli Nordin ttg ni.
Kalo reramai wat lg cantik.

aduan4kulim@yahoo.com

Unknown said...

suffer...

hg tak forward ka pada BPR? i ye lah... seolah2 penulis blog ni mempunyai bukti yg konkrit untuk disabitkan dengan kesalahan pecah amanah si mamat annur ni??

dan berstuju dgn cadangan si tokjanggut....

zzzaaaasssss 11144758.....

bomb! said...

sakan hampa mengata kat annuar no? aku rasa la hampa ni bukan takat puak yang sama, tapi orang yang sama cuma guna nama ja lain-lain.
kalaulah betul annuar makan macam tu, kenapa puak hampa sendiri tak report kat pihak berkuasa? pasaipa mesti nak caci cerca orang di sini?

Unknown said...

Ala jgn risau la bomb!, benda ni pasti meletup macam nama nick you lah. BPR dah rosek dah. Cuma nak tunggu masa ja. Don't worry...time will come.Besala kes ni bukan profile tinggi cam Annuar Ibrahim sebab he's prominent figure. Sapalah si Annuar Saffar ni. BTW memang org yg komen disini dari puak yg sama. Yang pastinya kamilah puak yang bencikan kebatilan, rasuah dan penipuan dan ingin memastikan org begini tidak akan menjadi pemimpin di muka bumi ini.....Busuk dan membusukkan.

Anonymous said...

mana episode selanjutnyaa..kami sedang menanti.......

Unknown said...

Bomb,
Kau nie apahal,sabaR la sikit ,kekawan aku di BPR tengah siasat.Dia orang dah risik dah.
Dia orang kata nak tangkap bebila masa je tapi kena tunggu dokumen penting dari Pembendaharaan lah mengong.
Info aku bagi sikit lah pada kau,dia ni menerajui Kulim Technology Management.direktor sahaja tapi bukan CEO.Annuar nie member aku tunjuk gambar dia ,dah gemuk (gebu)jambulah jugak,perut dia besar(makan rasuah banyak) dan Satu lagi bebudak dia kata jalan catwalk(DSAI suka beb).
Aku dengar KTM ni nak kena saman dah dengan MECD sebab projek di Pantai Timur pun tak siap sepenuhnya sebab KTM tak ada duit.
Jangan takut BOMB,Justice will Prevail.