Monday, July 14, 2008

Onar Nombor Dua - Perjalanan Makan Angin

....sambungan siri onar oleh Annuar Mohd Saffar. Bagaimana beliau menguruskan syarikat.

KTMSB hanyalah sebuah syarikat yang beroperasi cukup makan sahaja sebelum ini. Tetapi atas dasar keprihatinan Annuar Mohd Saffar, kakitangan-kakitangan baru terus menerus diambil secara kontrak, sedangkan syarikat sedang tenat waima untuk membayar gaji kakitangan-kakitanga yang sedia ada. Lebih mulia lagi, Annuar Mohd Saffar menyerap pula kakitangan-kaitangan kontrak yang telah diambil untuk menjadi kakitangan tetap. Terdapat kakitangan yang ditempatkan di Alor Setar, tidak mempunyai fungsi langsung, namun mereka tetap dikekalkan.

Siapa yang tidak mahu buat baik, tetapi jika kita hanya menabur kebaikan tanpa berusaha untuk mendapat hasil,apa akan terjadi. Yang akan terjadi ialah kakitangan yang bekerja bersungguh-sungguh terpaksa mengongsipendapatan syarikat yang kecil dengan kakitangan-kakitangan yang tidak berfungsi ini, akhirnya semua sengsara apabila syarikat tidak mampu membayar gaji, menangguhkan pembayaran gaji, tidak mencarum kepada EPF. Malahan wang potongan pinjaman bank yang membuat potongan gaji bulanan juga tidak dilunaskan kepada bank. Ini sudah jelas duit gaji kakitangan yang diambil oleh syarikat apabila diamanahkan untuk dibayar kepada pihak syarikat untuk melunaskan kepada pihak bank. Akibatnya? Pihak bank mengeluarkan amaran dan juga kakitangan dikenakan tindakan oleh pihak bank. Malang sungguh kakitangan KTMSB.

Sudahlah duit KTMSB tidak banyak, Annuar Mohd Saffar pula tidak pernah sekali mengurangkan perjalanan keluar negara beliau. Sedangkan jabatan kewangan mempunyai wang yang hanya cukup untuk membayar gaji sahaja, gaji ditangguhkan supaya Annuar Mohd Saffar boleh meneruskan aktiviti keluar negara yang dilakukan secara hitung panjang tiga kali dalam dua bulan, dan satu-satu perjalan pula mengambil masa sehingga dua minggu. Adalah menjadi kebiasaan Annuar Mohd Saffar melakukan perjalanan sehingga sebulan, balik ke Malaysia hanya untuk menukar pakaian sahaja dan kemudian sambung perjalanan lagi. itulah sibuknya Annuar Mohd Saffar, lebih hebat dari menteri luar malaysia. Dato' Syed hamid dan sekarang Dato Seri Rais yatim, janganlah cemburu.

Apa yang dibawa balik?










.....
.....
Tiada apa, saya fikir jika saya biarkan kosong mungkin pembaca sukar faham apa maksud saya. TIADA APA-APA. Maksud saya, tiada apa-apa bisnes yang dibawa balik, selain dari bil-bil penginapan, tiket kapalterbang dan perbelanjaan lain perjalanan. Sebanya mudah, KTMSB tidak, diulang KTMSB TIDAK ADA SEBARANG BISNES DILUAR NEGARA. Oleh itu, semua perjalanan beliau tidak ada kepentingan langsung dengan KTMSB. Tetapi ia terpaksa ditanggung oleh KTMSB yang nazak, KTMSB yang meneruskan hidup dengan mencilok duit bayaran pinjaman kakitangan, KTMSB yang tidak membayar kepada vendor.

Itulah kesannya apabila seorang ketua menggunakan amanah yang diberikan untuk pepentingan peribadi. Itu sajakah kesannya...

Ada lagi. Beliau pernah menjanjikan bonus kepada kakitangannya,janji yang disihtiharkan secara rasmi oleh KTMSB kepada kakitangannya. Malangnya kakitangan yang sudah berbelanja disebabkan janji KTMSB untuk memberi bonus, terpaksa hidup dalam kesempitan kerana KTMSB tidak menunaikan janjinya untuk membayar bonus.

No comments: