Thursday, September 11, 2008

Onar Nombor Enam - Haji Penghalang Zakat

KTMSB dibawah tadbiran Tuan HAJI Annuar Mohd Saffar juga melarikan duit zakat dari yang berhak? Wang potongan gaji untuk membayar zakat tidak disampaikan kepada yang berhak iaitu Pejabat Zakat Kulim. Pekerja-pekerja telah membayar zakat mereka melalui KTMSB, jadi kewajipan mereka telah mereka tunaikan. Tetapi KTMSB mengambil duit itu dan tidak membayar kepada pejabat zakat.

Duit zakat itu sebenarnya bukan duit kita, duit itu duit fakir miskin, duit untuk mereka yang berjihad kepada jalan Allah, dan pelbagai asnaf zakat yang lain. Jika tidak disampaikan, itu adalah satu pecah amanah. Ini rukun Islam wahai Annuar Mohd Saffar. Zakat pula perlu ditunaikan mengikut masanya, bukan boleh dibayar ikut suka hati kita, apatah lagi menahan duit zakat orang lain sehingga bertahun lamanya.

Adakah Annuar Mohd Saffar terlupa? Lamanya beliau terlupa, sejak April 2006 lagi KTMSB menyimpan duit zakat yang dibayar oleh kakitangannya yang sepatutnya dibayar kepada Pejabat Zakat Kulim.

Berapa ramai mereka yang akhirnya gagal menyampaikan zakat mereka kerana Annuar Mohd Saffar?Jika disuruh meneka, kami akan meneka bahawa duit potongan zakat SEMUA kakitangan yang membuat pembayaran melalui syarikat telah dilarikan dari asnafnya.

Tapi kalau disemak balik onar yang terdahulu, pada masa-masa tersebut Annuar Mohd Saffar tidak lupa membayar kepada Teknologam sampai RM1.3 juta, sedangkan duit zakat orang lain tidak dibayar. Maksudnya KTMSB mempunyai wang untuk membayar zakat tersebut, tetapi urusan membayar Teknologam lebih utama.

Maklumat terbaru yang kami terima melalui email adalah rungutan daripada kakitangan KTMSB yang mula menyedari tentang wang zakat mereka yang sudah dilarikan oleh Annuar Mohd Saffar. Diberitakan berpuluh-puluh kakitangan KTMSB sudah menyemak dan mendapati zakat mereka tidak disampaikan kepada Pejabat Zakat Kulim. Berapa banyak duit zakat orang yang Annuar Mohd Saffar larikan dari asnafnya?

Kalaulah ada kakitangan KTMSB terbabit melaporkan kepada pihak berkuasa atau pengurusan tertinggi Kulim Techno Park, mampukah Annuar Mohd Saffar menepis kali ini. Tambahan pula, baru-baru ini, Menteri Besar Kedah telah memberi lampu hijau untuk BPR mendakwa mana-mana Ketua Eksekutif GLC yang terbabit dengan rasuah dan pecah amanah.

2 comments:

Unknown said...

salamz ramadhan pada the owner of the blog...dan pada semua yg mengujungi blog ini....
lama gak kita tidak berdiskusi disini mungkin sibuk ngan pmtg pauh dan bln ramadhan yg sdg kita lalui...
saudara pengarang...ana acapkali di kunjungi dgn persoalan persoalan yg tak dpt saya jawab sendiri....
ana agak terkejut dgn tajuk kali ini....biar btol...duit zakat di larikan?mungkin pihak pengurusan terlupa utk membayar kpd pihak zakat kot...dan tak mungkin seorang HAJI tergamak melakukannya..akan tetapi yg sering menjadi persoalan....adakah semua ini benar atau ini adalah salah satu dr drama yg diarahkan oleh sesorang yg mempunyai agenda yg tersendiri?
ana bukan hendak menyebelahi mana2 pihak tetapi soalan nya
1.kenapa tiada laporan dr pekerja2 kulim technology ini membuat laporan terhadap dakwaan saudara pengarang?
(sedangkan yg teraniaya atau dizhalimi adalah pekerja itu sendiri?)
2. seblm ini ada comment yg dihantar oleh salah seorang pengunjung blog ini mengatakan bahwa perkara ini sudah di pjgkan kpd pihak BPR,akan tetapi sampai hari ini there is no action been taken by anyone.malah ada yg mengatakan bahawa sudah di pjgkan kpd YB Zulkifli Nordin...tapi.sama jugak...tak ada aapa pun.
jadi dari pengamatan saya semua ini seperti tidak berlaku....correct me if i'm wrong sbb org yg teraniaya pun mcm tak ada apaa pun.....bukan apa bayangkan lah kalo ana ada di tempat pekerja sarikat tersebut tentu akan ana amuk satu sarikat hehehe mcm hang jebat....
semoga kita berjumpa lagi di lain masa.....

eh mana yg lain yg selalu beri komen.....puase sakan hempa noo


semakin keliru...
- tok janggut -

Onar di Kedah said...

Salam tok janggut,
saya ingin menjelaskan bahawa kakitangan KTMSB baru saja mengetahui tentang wang zakat mereka yang tidak dibayar kepada pejabat zakat. Untuk melapor atau tidak, terserahlah kepada mereka, kerana sudah lumrah manusia, tidak mahu bertindak sendiri, dan sentiasa mengharapkan orang lain bertindak bagi pihak mereka.

Mereka tidak sedar bahawa Tuhan tidak akan mengubah nasib mereka melainkan mereka sendiri yang berusaha.